Wednesday, October 24, 2012

TAZKIRAH : Puasa Hari Arafah




Assalamualaikum wbt

Satu tarikh yang sepatutnya bagi kita sebagai seorang muslim ingati setiap tahun adalah pada 9 zulhijjah atau juga dikenali dengan nama hari Arafah


Kenapa? Apa yang istimewanya dengan hari Arafah?



Dalam sebuah hadis, nabi Muhammad s.a.w ada mengatakan mengenai kelebihan hari Arafah ini.



Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansori, bahawa Rasulullah SAW pernah ditanyakan tentang puasa Hari 'Arafah. Baginda bersabda: 

"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang." 

(Riwayat Muslim)


Hari Arafah pada tahun ini jatuh pada hari Khamis bersamaan 25 Oktober 2012. Kita sangat digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis tadi.

Selamat berpuasa :)

CERITA : Senad Hadzic Manusia Hebat


Subhanallah..Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang hebat!!


Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.


Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan me
mbawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.

Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.

Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

http://tribune.com.pk/story/455649/bosnian-man-walks-5700km-to-makkah-to-perform-hajj/



***

Pernah seorang kaya mempelawa untuk membiayai penerbangan beliau terus ke Mekkah, namun beliau menolaknya.


Dari Mesir ke Makkah berjalan kaki ??

Thursday, October 18, 2012

PEMERHATIAN : Mesir dan London



Ada orang mengatakan bahawa Mesir kotor, mundur, tiada sistem, rakyat tidak bertamadun dan bermacam-macam lagi perkara negatif yang lain.

Ada juga yang mengatakan, sama sahaja zaman Mubarak atau zaman Mursi, Mesir tetap huru hara juga. Sana-sini ada masalah.

Bahkan ada yang mengatakan Mesir zaman Mubarak lebih baik dari zaman Mursi, negara lebih stabil dan aman walaupun Mubarak itu teruk orangnya.

Dan saya sendiri menjadi saksi akan aksi2 orang Mesir yang memang menguji segala perasaan emosi jiwa dan raga kita dalam berurusan dengan mereka.

Belum ditambah dengan sikap tidak menjaga kebersihannya. Juga sikap menganggap setiap dinding itu adalah tandas. Soal traffic jalan raya usah dikata, parah.

Pengalaman peribadi saya ketika menaiki kenderaan awam, sampah yang saya pengang menanti jika ada tong sampah untuk dibuang, diambil oleh orang Mesir lalu dibuang ke luar tingkap.

Bukan sekali, bahkan lebih.

Apa orang Mesir ni teruk sangat kah? Hingga ada yang membandingkan antara negara Mesir ini dengan London.

"Orang London lagi bertamadun dari orang Mesir. Harap sahaja Islam."

Anda bersetuju ?

Tuesday, October 16, 2012

PUISI : Untuk Aku dan Kamu


Gambar tiada kaitan dengan entri kali ini. Hanya sekadar buat tontonan umum.


Hari-hari yang ku lalui semakin memberi erti...

Banyak juga yang ingin dikongsi

Tidak kurang juga yang ingin ditangisi

Semuanya memberi makna tersendiri


Jangan dilihat pada orang

Jika hanya untuk memandang

Belajarlah dari pejuang

Nanti jadi orang gemilang


Kawan-kawan ramai di sisi

Kalau sendiri pasti sunyi

Ramai-ramai pasti diuji

Baru tahu mana sejati


Hari-hari asyik memandang

Menanti hari yang akan datang

Si kecil masih belum matang

Sampai hari pasti sayang


Patah tumbuh hilang berganti

Pulang pergi suratan ilahi

Andai ada waktu kembali

Aku dan kamu bercerita lagi




Saturday, October 13, 2012

Penulis Yang Disayangi Tuhan



Bismillah

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah , bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana mengurniakan kesempatan bagi saya untuk menyertai sebuah bengkel penulisan yang julung kalinya diadakan di bumi Mesir ini .


Bengkel penulisan yang memfokuskan kepada penulisan novel islami ini telah disampaikan oleh dua orang tokoh hebat dari Malaysia iaitu Tuan Pak Latip dan juga Cik Puan Azzah . Dua tenaga pengajar dan tokoh novelis yang sangat memberikan inspirasi buat kami .


Cita-cita dan impian saya untuk menjadi seorang penulis sudah lama ada . Sejak di bangku sekolah menengah lagi . Jika dilihat pada profile saya , tercatat di situ ' On Blogger since May 2004 ' . Menunjukkan sudah 8 tahun usia blog saya ini . 


Namun entri atau post yang ditulis boleh dibilang menggunakan jari :)
Semangat menulis saya tidak cukup kuat . Banyak menulis hanya untuk kepuasan diri . Takut untuk berkongsi dan juga bertanya . 

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya dipilih oleh Allah dari beribu mahasiswa yang ada di Mesir ini untuk mengikuti kursus ini . Kerana bagi saya secara peribadi , kursus ini telah memberi satu makna yang besar di dalam hidup saya . 


Melalui kursus ini , saya mendapat satu semangat baru untuk menjadikan penulisan ini sebagai satu wasilah dan juga wadah dakwah dengan lebih serius . 


Saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang disayangi tuhan . Saya sangat suka akan istilah ini . Teringat kata-kata dari tuan Pak Latip yang mengingatkan bahawa sekiranya kita menulis perkara-perkara yang negatif , lalu pembaca mencontohinya , maka kita turut sama menanggung dosanya .


 Mungkin perkara negatif ini membuatkan karya kita laris di pasaran akan tetapi ia juga membuatkan kita muflis di hari kemudian . Begitulah sebaliknya . Apabila kita menulis perkara yang baik dan pembaca terkesan lalu melaksanakannya maka kita turut sama mendapat saham darinya . 


Saya berharap agar semangat menulis ini tidak luntur dek masa dan juga tanggungjawab-tanggungjawab lain yang ada . 


Mohon agar dapat mendoakan diri saya menjadi penulis yang disayangi tuhan dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam bagi membawa masyarakat ke arah kebaikan . 


Sambil menarik nafas dalam-dalam lalu memejamkan mata , hatinya berbisik "saya boleh melakukannya" .