Sunday, November 25, 2012

CERPEN : Badai Laut


Badai Laut

Pagi itu langit cerah. Lautan berombak manja. Kelihatan di tepian pantai itu sebatang tubuh sedang menarik pukat ke dalam perahunya yang usang. Jelas kelihatan urat-urat di lengannya yang berkedut seribu .

Sambil mengusap-usap rambutnya yang putih itu, Pak Amad mengeluh halus.

“Malang sungguh nasib diri ini . Isteri sudah tiada, anak pula entah ke mana . Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.“

Seperti kelihatanya sampan Pak Amad itu , begitulah juga dirinya yang sudah menjangkau usia senja . Pak Amad kemudian membelek-belek pukatnya mencari sesuatu yang boleh dibawanya pulang bagi mengalas perutnya dan juga untuk dijualkan di pasar nanti.

Sedang Pak Amad memunggah pukatnya itu dan mengumpulkan beberapa ekor ikan kembung, satu objek terjatuh dari pukatnya lalu kedengaran bunyi yang kuat . Pandangan Pak Amat beralih ke arah bunyi itu .

Mata Pak Amad mengecil memerhatikan objek itu . Perlahan-lahan dia menghampiri objek tersebut . Pak Amad teragak-agak untuk mengambil objek tersebut. Dengan perlahan-lahan, dia mengangkat objek itu,
Pak Amad membelek-belek objek itu . Diperhatikan secara  terperinci pada setiap bahagian objek tersebut.

 “Benda apa ini ? Tidak pernah aku melihatnya. Bentuknya seakan-akan teko tetapi ukirannya sungguh asing . Tidak seperti teko biasa.”

Pak Amad memandang ke langit sambil mengusap-usap janggutnya buat seketika. Kemudian hati Pak Amad berbisik .

“Boleh jadi ini merupakan sebuah teko ajaib!”

Pak Amad tersenyum lebar hingga menampakkan gusinya yang hitam. Batang rokok yang sedari tadi tersisip di mulutnya itu lantas di balingnya ke laut.

“Aku pernah dengar daripada orang lama mengenai kisah teko ajaib ini. Di dalamnya terdapat jin yang mampu menunaikan segala hajat. Tidak aku sangka baik sungguh nasib aku hari ini. Mungkin berkat aku mandi pagi tadi.”

Tanpa melengahkan masa, Pak Amad mengusap-usap pantas teko itu. Kemudian menanti seketika. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Pak Amad melepaskan nafas lemah.

“Tidak mengapa, biar aku cuba sekali lagi. Mungkin aku perlu mengunakan tangan kanan.”

Kali ini, Pak Amad menggosok-gosok perlahan menggunakan tangan kanannya. Tiba-tiba, teko itu bergerak-gerak sedikit. Pak Amad tersentak lalu terlepas teko itu dari tangannya.

Teko itu bergolek dan berhenti di kaki Pak Amad. Kemudian teko itu bergoyang-goyang lagi. Kali ini dengan gerakan yang lebih kuat. Pak Amad terus berteriak.

“Keluarlah kau wahai jin. Usah kau malu-malu. Aku hanya seorang tua yang tiada apa-apa pangkat, darjat mahupun harta. Keluarlah agar kau mampu menunaikan hasrat aku ini.”

Kemudian terdengar bunyi seperti bunyi gemerincing. Pak amad melihat tutup teko itu sudah terbuka. Dada Pak Amad naik dan turun dengan laju. Matanya terbuka luas. Dengan jelas Pak Amad menyaksikan ada sesuatu yang bergerak keluar dari teko itu dengan perlahan.

“Segeralah keluar wahai jin. Sudah tidak sabar aku ingin melihat kamu wahai jin. Berdebar-debar sungguh hati aku.”

Akhirnya, keluarlah makhluk yang mendiami teko itu bersama bunyi seakan-akan sudu yang berlaga. Sejurus sahaja melihat makhluk itu,Pak Amad lantas jatuh terduduk di hadapan teko ajaib itu. Dia menepuk dahinya berkali-kali.

“Ketam rupanya. Ingat anak jin tadi. Hancur segala harapan aku. Buang masa aku sahaja.”

Pak Amat mengekori pergerakan ketam itu dengan matanya. Pandangan Pak Amad kemudian teralih pada bawah tutup teko itu. Terdapat tulisan yang agak kabur akibat ditutup lumut. Diambil lalu dibersihkan Pak Amad. Terkedip-kedip mata Pak Amad cuba membaca tulisan itu.

“Made in China.”

Terus sahaja Pak Amad membaling tutup teko itu ke laut. Lantas menghentak-hentakan kakinya. Kemudian Pak Amad bangun dan terus menyepak teko itu. Bergolek-golek teko itu dibuatnya. Tiba-tiba, terkeluar segulung kertas dari dalam teko tersebut. Pak Amad mengambil gulungan kertas itu. Hatinya berbisik

“Ini kertas apa. Barangkali peta harta karun. Tidak sangka aku masih lagi ada harapan.”

Dengan cermat Pak Amad membuka gulungan kertas itu. Terdapat tulisan pada helaian kertas tersebut. Pak Amad terus membaca ayat yang tertera itu.

“Barang siapa yang selalu memohon ampun kepada Allah,  nescaya Allah akan membukakan untuknya pintu rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”

Sekali lagi Pak Amad terduduk. Matanya memandang lantai sampanya itu. Dilihatnya urat-urat kayu pada sampannya yang usang itu. Kemudian dilihatnya pula pada kulit lengannya yang sudah berkedut seribu itu.

Sambil menitiskan air matanya. Pak Amad mengangkat pandangannya ke langit lalu berbicara.

“Terima kasih ya Allah kerana telah memberikan aku nasihat dengan cara yang tidak disangka-sangka. Baru kini aku sedar bahawa telah lama aku melupai-Mu. Terima kasih ya Allah.Terima kasih ya Allah”

Wednesday, October 24, 2012

TAZKIRAH : Puasa Hari Arafah




Assalamualaikum wbt

Satu tarikh yang sepatutnya bagi kita sebagai seorang muslim ingati setiap tahun adalah pada 9 zulhijjah atau juga dikenali dengan nama hari Arafah


Kenapa? Apa yang istimewanya dengan hari Arafah?



Dalam sebuah hadis, nabi Muhammad s.a.w ada mengatakan mengenai kelebihan hari Arafah ini.



Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansori, bahawa Rasulullah SAW pernah ditanyakan tentang puasa Hari 'Arafah. Baginda bersabda: 

"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang." 

(Riwayat Muslim)


Hari Arafah pada tahun ini jatuh pada hari Khamis bersamaan 25 Oktober 2012. Kita sangat digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis tadi.

Selamat berpuasa :)

CERITA : Senad Hadzic Manusia Hebat


Subhanallah..Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang hebat!!


Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.


Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan me
mbawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.

Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.

Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

http://tribune.com.pk/story/455649/bosnian-man-walks-5700km-to-makkah-to-perform-hajj/



***

Pernah seorang kaya mempelawa untuk membiayai penerbangan beliau terus ke Mekkah, namun beliau menolaknya.


Dari Mesir ke Makkah berjalan kaki ??

Thursday, October 18, 2012

PEMERHATIAN : Mesir dan London



Ada orang mengatakan bahawa Mesir kotor, mundur, tiada sistem, rakyat tidak bertamadun dan bermacam-macam lagi perkara negatif yang lain.

Ada juga yang mengatakan, sama sahaja zaman Mubarak atau zaman Mursi, Mesir tetap huru hara juga. Sana-sini ada masalah.

Bahkan ada yang mengatakan Mesir zaman Mubarak lebih baik dari zaman Mursi, negara lebih stabil dan aman walaupun Mubarak itu teruk orangnya.

Dan saya sendiri menjadi saksi akan aksi2 orang Mesir yang memang menguji segala perasaan emosi jiwa dan raga kita dalam berurusan dengan mereka.

Belum ditambah dengan sikap tidak menjaga kebersihannya. Juga sikap menganggap setiap dinding itu adalah tandas. Soal traffic jalan raya usah dikata, parah.

Pengalaman peribadi saya ketika menaiki kenderaan awam, sampah yang saya pengang menanti jika ada tong sampah untuk dibuang, diambil oleh orang Mesir lalu dibuang ke luar tingkap.

Bukan sekali, bahkan lebih.

Apa orang Mesir ni teruk sangat kah? Hingga ada yang membandingkan antara negara Mesir ini dengan London.

"Orang London lagi bertamadun dari orang Mesir. Harap sahaja Islam."

Anda bersetuju ?

Tuesday, October 16, 2012

PUISI : Untuk Aku dan Kamu


Gambar tiada kaitan dengan entri kali ini. Hanya sekadar buat tontonan umum.


Hari-hari yang ku lalui semakin memberi erti...

Banyak juga yang ingin dikongsi

Tidak kurang juga yang ingin ditangisi

Semuanya memberi makna tersendiri


Jangan dilihat pada orang

Jika hanya untuk memandang

Belajarlah dari pejuang

Nanti jadi orang gemilang


Kawan-kawan ramai di sisi

Kalau sendiri pasti sunyi

Ramai-ramai pasti diuji

Baru tahu mana sejati


Hari-hari asyik memandang

Menanti hari yang akan datang

Si kecil masih belum matang

Sampai hari pasti sayang


Patah tumbuh hilang berganti

Pulang pergi suratan ilahi

Andai ada waktu kembali

Aku dan kamu bercerita lagi




Saturday, October 13, 2012

Penulis Yang Disayangi Tuhan



Bismillah

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah , bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana mengurniakan kesempatan bagi saya untuk menyertai sebuah bengkel penulisan yang julung kalinya diadakan di bumi Mesir ini .


Bengkel penulisan yang memfokuskan kepada penulisan novel islami ini telah disampaikan oleh dua orang tokoh hebat dari Malaysia iaitu Tuan Pak Latip dan juga Cik Puan Azzah . Dua tenaga pengajar dan tokoh novelis yang sangat memberikan inspirasi buat kami .


Cita-cita dan impian saya untuk menjadi seorang penulis sudah lama ada . Sejak di bangku sekolah menengah lagi . Jika dilihat pada profile saya , tercatat di situ ' On Blogger since May 2004 ' . Menunjukkan sudah 8 tahun usia blog saya ini . 


Namun entri atau post yang ditulis boleh dibilang menggunakan jari :)
Semangat menulis saya tidak cukup kuat . Banyak menulis hanya untuk kepuasan diri . Takut untuk berkongsi dan juga bertanya . 

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya dipilih oleh Allah dari beribu mahasiswa yang ada di Mesir ini untuk mengikuti kursus ini . Kerana bagi saya secara peribadi , kursus ini telah memberi satu makna yang besar di dalam hidup saya . 


Melalui kursus ini , saya mendapat satu semangat baru untuk menjadikan penulisan ini sebagai satu wasilah dan juga wadah dakwah dengan lebih serius . 


Saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang disayangi tuhan . Saya sangat suka akan istilah ini . Teringat kata-kata dari tuan Pak Latip yang mengingatkan bahawa sekiranya kita menulis perkara-perkara yang negatif , lalu pembaca mencontohinya , maka kita turut sama menanggung dosanya .


 Mungkin perkara negatif ini membuatkan karya kita laris di pasaran akan tetapi ia juga membuatkan kita muflis di hari kemudian . Begitulah sebaliknya . Apabila kita menulis perkara yang baik dan pembaca terkesan lalu melaksanakannya maka kita turut sama mendapat saham darinya . 


Saya berharap agar semangat menulis ini tidak luntur dek masa dan juga tanggungjawab-tanggungjawab lain yang ada . 


Mohon agar dapat mendoakan diri saya menjadi penulis yang disayangi tuhan dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam bagi membawa masyarakat ke arah kebaikan . 


Sambil menarik nafas dalam-dalam lalu memejamkan mata , hatinya berbisik "saya boleh melakukannya" .

Wednesday, October 10, 2012

MUHASABAH : Antara Semalam dan Hari Ini



Agama Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam . Apabila Allah mengutuskan nabi Muhammad s.a.w dan diturunkan bersama baginda kitab suci Al-Quran , di tengah-tengah masyarakat yang dalam keadaan yang sangat teruk , yang mana cukup banyak jika disebut satu persatu . Akan tetapi , akhirnya  baginda telah berjaya membina sebuah generasi  berpandukan manhaj qurani iaitu generasi para sahabat r.a. Itulah sifat agama Islam . Al-Quran itu sifatnya memberi hidayah . Maka dari celah limpahan lumpur yang hanyir itu , muncul mutiara-mutiara baru yang menjadi ruh mengembalikan ummat manusia kepada kesejahteraan. Hasil dari tarbiyyah Ilahiah berpandukan manhaj Quran .

Islam semakin hari semakin meningkat naik.Bilangan penganutnya semakin bertambah.Semakin ramai yang beriman dengan apa yang Islam bawa kerana merasakan selama ini mereka berada di dalam dunia yang penuh kegelapan dan akhirnya Islam datang membawa sinar baru untuk alam ini . Kerana merasakan amanah yang terpikul dibahu mereka , para sahabat merentas pelusuk benua untuk menyampaikan Islam bagi mengeluarkan manusia dari kesesatan kepada kebenaran .

Akhirnya , satu persatu kuasa besar jahiliyyah Berjaya ditumbangkan . Rom yang dahulunya menjadi empayar dunia yang seolah-olah tidak mampu ditundukkan tetapi akhirnya yang tinggal hanyalah binaan-binaan yang menjadi bukti akan kehebatan mereka yang telah hilang . Parsi juga menerima nasib yang sama . Empayar mereka yang begitu gah dengan kisah-kisah kehebatan dan keperwiraannya akhirnya tersungkur di kaki para mujahidin pejuang agama Islam yang ikhlas .

Bersama naiknya Islam , bersama itu juga runtuhnya dua empayar besar dunia iaitu Rom dan Parsi .

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini ,

Melihat keadaan ummat Islam pada hari ini , seolah-olah sejarah yang gilang gemilang itu hanyalah sekadar kisah dongengan yang menjadi sebutan generasi-generasi terdahulu . Lebih parah lagi apabila sejarah itu digelapkan dan diselewengkan oleh tangan-tangan busuk yang tidak mahu melihat generasi hari ini merasakan kesinambungan perjuangan mereka lalu bangkit sekali lagi .

Sebut sahaja di pelusuk dunia mana pun , di benua arab , di benua eropah , di benua asia , di Russia , di China , di Myanmar , di Iraq..pasti di situ akan kedengaran muslimin ditindas dan diperkotak katikkan . Bagaikan sudah jatuh ditimpa pula tangga , muslimin yang lemah ini boleh lagi berbalah dan bercakaran sesama mereka . Musuh di sekeliling hanya tertawa dan bersorak .



Akhirnya semangat untuk bangkit menjadi luntur . Putus asa di dalam perjuangan menjadi lumrah . Seolah-olah harapan itu sudah tiada untuk melihat agama Islam ini kembali menaungi alam dan mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya .

Kuasa besar dunia pada hari ini seperti Amerika , Britain ,Rusia dan China tanpa segan silu menindas ummat Islam . Muslimin diperlakukan sesuka hati . Darah mereka lebih murah dari haiwan ternakan .
Maruah dan nilai kemanusiaan hancur . Seolah-olah sama seperti keadaan sebelum baginda diutuskan .

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sifirnya jelas namun , hakikatnya bukan mudah .

1. Islam bangkit , segala paksi kebatilan akan terkubur . Islam jatuh , paksi kebatilan bangkit semula .

2. Kita kalah bukan kerana mereka kuat , akan tetapi kerana kita yang lemah . Sejarah telah membuktikan .

3. Hanya system Islam yang mampu menyelesaikan masalah manusia . Segala sistem yang dicipta manusia pasti penuh dengan kecacatan dan kelemahan .  

4. Pertembungan di dunia ini hanya antara dua , kebenaran dan kebatilan . Dan pertembungan ini sentiasa berlaku dan akan terus berlaku .

5. “Ummat hari ini tidak akan mampu bangkit kecuali dengan cara sebagaimana ummat terdahulu bangkit” .

6. Musuh Islam yang terancang mampu menewaskan orang Islam yang tidak terancang . Rasulullah sendiri terancang dalam segala tindak tanduk baginda .
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kesimpulannya , tanamkan dalam diri setiap kita bahawa suatu hari nanti kitalah yang akan mentadbir alam ini . Kita lah yang akan mengeluarkan manusia dari segala masalah dan konfliks yang ada .  Dari kegelapan kepada cahaya . Kitalah yang akan mengambil alih tempat yang hari ini diduduki oleh Amerika dan kuasa-kuasa dunia sekarang . Kita bukan orang lain .

Bagaimana ? Dengan cara sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat buktikan. Juga seperti yang dilakukan oleh salafussoleh seperti Salahuddin Al-Ayubi , Sultan Muhammad Al-Fateh , Saifuddin Qutuz dan banyak lagi tokoh-tokoh kebangkitan Islam yang lain . Juga tokoh-tokoh Islam era baru seperti Hassan Al-Banna , Syed Qutb , Abu A’la Al-Maududi dan ramai lagi yang berusaha mengembalikan Islam pada kedudukannya .

Apakah caranya ?

Dengan mengembalikan masyarakat muslim kepada manhaj Al-Quran dan Sunnah itu sendiri . Menghidupkan semula roh Islam dalam jiwa-jiwa ummat dan memberi nafas baru pada kefahaman Islam yang syumul . Dengan Tarbiyyah .



Anda sebenarnya adalah  roh baru yang mengalir di dalam jiwa umat dan dihidupkan dengan al Quran. Dan cahaya baru yang akan memadamkan kezalimam buat selamanya dengan ma’raifatullah. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya.” – Imam As-Syahid Hassan Al-Banna ( Risalah ta’lim,Antara Semalam dan Hari Ini )

Ketahuilah bahawa jalan ini sangat panjang dan jalan ini tidak dihamparkan dengan karpet merah.Dan ketahuilah bahawa tiada jalan lain melainkan jalan ini .

Wallahua'lam

Monday, September 24, 2012

Role Model



assalamualaikum wbt

hari ni nak citer pasal contoh tauladan..

manusia secara fitrahnya diciptakan akan meniru sesuatu perkara samada baik atau buruk..

sejak diawal penciptaan manusia lagi..jelas menunjukkan sifat ini seperti mana dalam kisah qabil dan habil..apabila qabil membunuh habil..dia buntu apa yang perlu dibuat..lalu setelah melihat peristiwa burung gagak yang menanam lawanya..maka ditirunya

itu satu contoh..

contoh yang lain..seorang anak membesar dengan meniru persekitaranya..dari segi bahasa percakapan..perbuatan..cara berpakaian dan lain-lain lagi..

jika persekitaranya baik..maka insyaAllah anak itu membesar dgn meniru benda-benda yang baik..begitu juga sebaliknya

itulah juga yang berlaku dengan video ____ style.. (sape yang tahu tu tahu lah..kalau x tahu..x yah tahu pon )
habis satu dunia ikut..

contoh yang lebih besar lagi boleh kita lihat..negara2 yang mundur atau miskin..akan menjadikan negara2 yang kaya atau berkuasa sebagai role model atau tempat mencari penyelesaian..siapa tak kenal Amerika?..Siapa tak kenal Britain..

jadi secara fitrahnya..manusia akan meniru atau mengikut

yang kecil ikut yang besar
yang lemah ikut yang kuat
yang bawah ikut yang atas

disebabkan itulah adanya panduan yang Allah turunkan dalam memandu fitrah ini..iaitu Islam..jadi Islam juga adalah sebahagian dari fitrah alam ini..jika tiada..maka alam ini juga akan menjadi tidak seimbang..kekacauan dan kehancuran akan berlaku di mana-mana selagi Islam tidak diletakkan pada tempatnya..

jadi bagaimana untuk Islam kembali pada tempatnya?? kalau setakat tulis je..(macam saya ni) memang la senang..caranya ada berkaitan dengan topik kita pada kali ini..iaitu contoh tauladan atau role model

apabila kita mengatakan kepada orang ramai..Islam adalah agama yang syumul..Islam adalah satu-satunya cara hidup yang lengkap dari segala aspek kehidupan..Islam seimbang dunia akhirat dll lagi

tapi bagaimana kita nak jawab jika seseorang bertanya..

"Boleh tunjukkan kat aku,kat mana boleh aku tengok 'ISLAM' yang kau cakap ni? "

kerana seperti yang kita tahu..hakikatnya amat memedihkan..

jadi nak taknak..untuk orang mengangkat semula Islam pada tempatnya..perlu ada satu contoh atau bukti hidup depan mata yang menunjukkan akan ISLAM itu sendiri dalam konteks yang sebenar..secara automatik..orang2 Islam akan kembali kepada cara hidup Islam..dan orang2 bukan Islam juga akan menghormati dan mengangkat Islam sebagai penyelesaian kepada masalah2 dunia yang semakin tenat ini..

dan itulah yang dibuktikan oleh sirah Rasulullah s.a.w..apabila Islam telah mendapat tempatnya yang tinggi..maka yang lain pasti akan mengikutnya

kesimpulannya..Islam tidak akan bangkit kecuali dengan menjadi contoh tauladan di mata manusia

Jadi apa yang boleh kita buat??

1-Jadikan diri kita salah satu dari anasir kepada kebangkitan Islam..hiduplah dengan cara hidup Islam
2-Diri kita je tak cukup untuk mencipta impak..jadi perlunya kita berkumpulan..sama2 mencipta impak yang besar
3-Banyakkan membaca sirah nabi dan salafussoleh..kerana kebangkitan Islam tiada cara lain melainkan dengan cara yang ditunjukkan mereka..
4-Jadikan diri anda role model kepada orang disekeliling anda..ketahuilah..bahawa dunia hari ini ketandusan role model yang baik

wallahua'lam..

harap cetusan idea ini sedikit sebanyak memberi input kepada pembaca sekalian..sebarang feedback boleh lah dikongsi bersama

wassalamualaikum wbt

dah lama x tulis..sekali tulis..panjang berjela :) 




Wednesday, February 22, 2012

Stesen Kehidupan



assalamualaikum wbt

seorang sahabat baik saya ada mengingatkan kembali kepada saya  kata2 salah seorang murabbi kami

"Hidup ni mcm2 stesen akan kita lalu sebelum berjumpa dgn Allah :)"

ternyata dengan berita2 yang diterima kebelakangan ini membuat diri ini menginsafi akan kehidupan ini

ada orang hari ini bergembira bersama keluarga masing2 dan ada orang hari ini berduka cita dengan pemergian orang yang dikasihi

ternyata stesen2 ini pasti akan kita semua lalui sebelum sampai ke destinasi akhirnya..bertemu Allah taala

takziah buat akhi fuad jamil di atas pemergian ayahanda tercinta..moga terus tabah dalam hidup..moga kita semua dapat bertemu di syurga nanti insyaAllah
  

Thursday, February 16, 2012

Perubahan


بسم الله الرحمن الرحيم

setiap manusia akan melalui fasa-fasa perubahan dalam diri..tak kesah la apa jenis perubahan sekali pun..

dari kecik jadi besar

dari tidak bijak jadi pandai

dari jahat  jadi baik

dari anak jadi bapak

dari pelajar jadi pekerja

dari bujang jadi berdua

dan bermacam-macam lagi perubahan yang kita alami dalam hidup...secara kita sedar atau pun tidak

tapi..perubahan yang ingin saya sentuh di sini adalah perubahan pada sikap kita..

dan ingin saya fokuskan lagi adalah perubahan diri dan sikap kita dari yg kurang baik..kepada yang lebih baik..

sebagai contoh..

-jika seorang itu merokok..maka dia menjadi lebih baik dengan dia berubah kepada tidak merokok..


-jika seorang itu (lelaki) solat 5 waktu di rumah (sudah cukup bagus) ..dan dia berubah kepada solat 5 waktu berjemaah di masjid (tersangat2 lah bagus)..maka itu juga perubahan kepada yang lebih baik...walau hakikatnya dia solat 5 waktu itu pun sudah baik...


perubahan dari x baik..jadi baik..dari baik..jadi lagi baik..dari lagi baik..jadi lagi2 la baik.. dari lagi2 la baik jadi.....(ok cukup)   xD

firman Allah swt telah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah  apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Ra'd:11)



jadi,suka di sini untuk saya kongsikan 5 prinsip perubahan diri :

1-untuk berubah,kita mesti ada matlamat dan sebab untuk berubah
"saya nak masuk syurga..itu matlamat saya..maka saya akan berusaha untuk menjaga solat saya"

2-untuk merubah,kita mesti berubah dahulu
"saya ingin melihat dunia yang lebih aman sejahtera,maka saya harus menjadi warga yang lebih berhemah"

3-hasil yang baru tidak kita peroleh menggunakan cara lama yang sama
"kalau setadi last minit,dapat cukup2 makan,tak kan setiap tahun nak stadi last minit..camne nak dapat cemerlang tahap tertinggi???"

4-ubah kepercayaan akan mengubah perilaku,ubah perilaku akan mengubah kesan
"aku yakin aku boleh,maka aku buat,dan ternyata terhasil sesuatu"

5-walaupun kita tidak berubah,dunia tetap berubah...perubahan adalah ketetapan kehidupan

maka berubahlah agar kewujudan anda relevan di atas dunia ini

wallahua'lam

keputusannya di tangan kita..anda mampu mengubahnya..

hari ini lebih teruk dari semalam = kecala *
hari ini sama je macam semalam = tersangat lah rugi
hari ini lebih baik dari semalam = maka beruntunglah dia..sebahagian dari usianya telah dipenuhi dengan kebaikan