Saturday, December 19, 2009

Muhasabah Tahunan

assamualaikum w.b.t..


pejam celik..pejam celik..dah masuk tahun baru dah..macam2 perkara berlaku sepanjang tahun ini..jadi jgn lah kita biar ia berlalu begitu sahaja..ada sesuatu yg perlu kita lakukan..jom muhasabah sebentar..


10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalu lebih banyak dari yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.


kesimpulannya..masih banyak yg perlu dibaiki..terlalu lemah diri ini..doakan saya peroleh kefahaman yg jelas dan terus istiqomah dalam kebaikan dan jalan dakwah dan tarbiyah ini...asleh nafsak wad'u ghaira'...

wassalam..


*mabruk akhi suhail sufian di atas kelahiran putera sulung beliau semalam..x sabar nak jumpa khairaat..

Saturday, December 12, 2009

Selamat Hari Lahir

assalamualaikum...

apa khabar iman kita..macam mana amalan kita...harap2 kita dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya...dah lama saya tak update blog..disebabkan rumah tiada internet mungkin..atau kerana sibuk study utk exam bulan 1 ni..(sibuk??)

kali ni saya just nak ucapkan selamat hari lahir kepada adik bongsu saya hannah mahmud...dan juga anak sedara saya taareq zayyad b imran..moga menjadi anak yg solehah dan soleh..

kepada hannah..selamat berjuang..dah besar dah adik abg sorang ni..moga cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan..menjadi pewaris kepada dakwah islam..

kepada taareq..jgn nakal2..hehe..jgn gaduh2 dgn abg wan dan adik saeid..tolong mama jge adik..pakcik x dpt la nak kasi hadiah..hehe..rindu pakcik nak dukung taareq..



taareq :)

Monday, November 23, 2009

Aisyah Hana..

assalamualaikum..

apa khabar semua..moga dalam rahmat Allah hendaknya..

di sini saya ingin buat satu pengumuman...

bahawa saya...telah selamat mendapat anak sedara perempuan..yang pertama..

pada hari ni saya menerima satu berita gembira..anak buah saya bertambah lagi sorang..baby perempuan..sekarang dah ade 3 laki..sorang perempuan..yang juga merupakan anak sulung abang saya hanif..kakak ipar saya telah selamat melahirkan baby perempuan pada 22/11/2009..diberi nama aisyah hana..alhamdulillah..



gambar baby aisyah







..moga membesar menjadi anak yg solehah..menjadi harapan ummah suatu hari nanti..

*Pak cik Haidar dan Mak cik Husna kirim salam sayang buat baby Aisyah dari Mansurah,Mesir...


Wall Paper Aidil Adha

Thursday, November 5, 2009

perasaanku..

aku masih tidak mampu untuk memikul tanggungjawab...banyak yg aku alpa..banyak yg tak upaya ku laksana sebaiknya..

sebagai hamba..

sebagai anak..

sebagai adik..

sebagai abang...

sebagai kawan..

sebagai guru..

sebagai murid..

sebagai daie..

sebagai pengikut..

sebagai ketua..

maaf kepada semua andai ada salah silap..

Thursday, October 29, 2009

hujan air batu..

assalamualaikum...

lama juga tidak mengupdate blog..maklumlah.. kuliah bagi sessi 09/10 sudah bermula..kali ni just nak cerita pengalaman pertama merasai hujan batu..kat mesir ni..masa tu dah petang..dekat2 waktu maghrib..terkejut juga tibe2 ade air batu terpelanting2 kat tingkap..cepat2 la keluar..terus tangkap gambar..subhanallah..



meja pon jadi..


dgn org lain pulak :)

ketulan2 ais

sejuk..

besar ni pon ade..

masuk ikut balkoni

itulah antara kuasa Allah s.wt yang Maha Hebat..awan yg ringan tu boleh jadi ais..ade jugak nampak burung merpati terbang kat awan..xde pulak kena kepala dia ke...subhanallah..

Wednesday, October 14, 2009

saya cinta..

apa itu cinta...

cinta..melahirkan rasa kasih dan sayang..

Andai dia di kalangan yang ramai..tumpuan tetap pada dia..

Bila dia ada bersama..terasa bahagia..

Bila berpisah dari dia..hati rasa gelisah..

Saban hari tertunggu2 panggilan atau sms dari si dia..

Andai tiada..akan dibelek2 warkah cinta lama..

Bila dia berkata2..kita berminat mendengarnya, walau tidak menarik isinya..

Bila pandangan beralihnya pada yang lain..rasa cemburu meresap jiwa..

Sanggup berkorban apa saja..atas nama cinta..kerana dia..

Berusaha memenuhi permintaannya..dan meninggalkan larangannya..

itulah cinta sesama manusia...


Bagaimana pula cinta kita kepada Allah??
muhasabah cinta.....al-baqarah:165...al-maidah:54..




my 3rd nephew..

Monday, October 12, 2009

Rumahku..rumahku jua

assalamualaikum..

seperti yg dijanjikan..saya nak upload beberapa gambar rumah baru..utk tatapan family di malaysia..dan juga kawan2 kat mesir...nanti boleh la jemput datang ziarah...

bilik tidur..org bujang

ruang tamu

dapur..pakai gas paip..

'halaman rumah'..boleh main bola

tangga rumah..tingkat atas sekali

tetamu dari thailand..terharu dgr citer perjalanan diorang ke mesir..

ni gambar jarum dicucuk di tangan saya..jiran rumah(ust.tarmizi) boleh wat akupuntur


ha..ni bas nak pi kaherah...


alhamdulillah..setelah sekian lama mencari..inilah rumahnya yg ditakdirkan utk kami duduki..menjadi kediaman bagi 4 org pelajar usuluddin..mudah2an dapat meningkatkan azam dan semangat kami pada sesi baru ini...rumah pun dekat dgn masjid..dekat dgn pasar..dekat dgn jalan utama..dekat dgn bank..dekat dgn stesen bas..dan dekat dengan kedai ais krim..hehe..tapi x dekat sgt dgn kuliah..kuliah banat dekat la..


wallahua'lam..mudah2an...kita dapat sama2 menghidupkan suasana rumah kita menjadi 'biah yg solehah'...tarbiah itu bermula dari rumah..


..nama rumah kami darul himmah..

Wednesday, October 7, 2009

Berita Panas..

di copy paste dari blog: http://schml.blogspot.com


p/s : Kepada sesiapa yang nak menempah/membeli buku Langkah Bermula a.k.a Al-Muntalaq - tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (terjemahan kepada BM), sila hubungi saya di talian +6019-6369232. (terbuka kepada semua yang berada di Malaysia mahupun di Mesir).

Kalau di Malaysia, sila datang ke rumah, atau kita boleh jumpa mana-mana di KL/Selangor. Nak post pon boleh juga (tapi bayaran post kira lain). Kalau di Mesir ana akan beri bila tiba di Mesir nanti insyaAllah.

Harga Malaysia : RM15 (harga asal RM20)
Harga Mesir : 25LE

- susah nak cari di kedai-kedai buku hatta kedai buku fikrah pun (sebab ini terbitan sendiri)
- kalau beli banyak (lebih dari 3), harga boleh bincang
- kalau ada ralat/rosak boleh tukar baru dengan syarat tiada conteng/tulisan tangan tambahan
- kalau di Mesir, tempahan amat terhad sebab saya pun nak bawa barang-barang sendiri juga. First come first serve basis.

*kempen sikit ; Buku Al-Muntalaq ini merupakan complete kit bagi daie-daie yang baru mula nak memahami fiqh dakwah atau kefahaman dakwah dengan lebih mendalam dan lebih yakin. Sangat sesuai dengan isu-isu semasa dan juga isu-isu yang sedang terhangat di pasaran waktu ini.

*
sila sebarkan hebahan jualan buku ini kepada orang ramai, besar pahala entum kalau orang lain pun dapat beli dan baca serta fahami buku tersebut. jzkk.

Monday, October 5, 2009

Hujan...

assalamualaikum...

baru beberapa minit yang lalu..selepas pulang dari masjid...subuh hari ini menyaksikan bumi mansurah disirami hujan..setelah sekian lama..tanah yang kering berdebu..kembali segar...udara yang nyaman ...sungguh damai..


begitulah harapan kepada sekalian insan...moga hati kita yang kering ini..disirami hidayah Allah..agar ia sentiasa basah dgn zikir mengingati Allah..


bergambar dalam hujan..di sutuh(bumbung) depan rumah


suruh mama bawah angkat kain jemuran..hujan dah turun


hari ni cuti di Mesir...sempena 6 Oktober mesir mengalahkan israel dalam peperangan pada 10 ramadhan..

Saturday, October 3, 2009

saya gembira...

assalamualaikum...

alhamdulillah..akhir nya..saya telah pun mendapat rumah baru..malam ni malam keempat saya bermalam di rumah baru..ok jugak la rumah ni..cuma tingkat atas sekali la..jenuh jugak nak turun naik tangga..tp ok la..dpt riadah free..hehe...

kawasan rumah baru saya ni kat dirasat..dekat sikit dgn suq(pasar)..senang la nanti nak beli brg2 dapur nanti...cuma belum sempat beli belah brg dapur sebab dapur pun x kemas lagi..nak sental minyak2 melekat kat dinding..nak beli rak..nak cuci kipas dapur..tahun ni saya jadi ketua chef kat rumah..siap la ahli bait..

kuliah pon nak start dah..kali ni dah x jalan kaki kot nak pi kuliah..sebab agak jauh berbanding rumah lama dulu..sini pun dekat je dgn jalan besar...amik tremco..bayar 25 sen...sampai la azhar tu...atau mungkin naik basikal je ke..moga dipermudah urusan pembelajaran untuk kuliah tahun dua usuluddin nanti insyaAllah..

kepada kawan2 semua..teruskan usaha mengutip mutiara2 berharga di bumi mesir ini..buat bekalan kehidupan kita..jgn putus asa..moga ukhuwwah yg terjalin akan kekal selamanya..kerana Allah taala...

kepada mama,abah n family doa kan kejayaan haidar di sini..rindu kat semua..moga dapat bertemu suatu hari nanti...

wassalam..


di ruang tamu bersama tetamu ke 2&3...selepas anas norkefli


...gambar rumah baru akan diupload dlm masa terdekat...jika berkesempatan la..

Tuesday, September 22, 2009

Raya Lagi

assalamualaikum...

apa khabar agaknya ye amalan kita di musim raya ini..
sama-sama renung2 kan..

raya tahun ni saya sekali lagi beraya di perantauan..cuma tahun ni agak berbeza kerana saya dapat beraya di sisi keluarga..tapi bukan satu family..cuma seorang..adik saya..walau pun hakikatnya x beraya bersama sebab dia tinggal kat rumah lain..

dikesempatan yang ade ini..saya juga ingin memohon ampun dan maaf terhadap segala salah silap saya..kepada mama dan abah..kakak2..abang2..adik2..juga tidak dilupakan guru2 dan teman2.. juga ucapan terima kasih atas segala jasa dan bantuan yang kalian berikan..taqabbalallahuminni waminkum..kullu am wa antum bil khair..

raya tahun ni saya malas nak berjalan..tak tahulah kenapa..setakat ni baru dua tempat saya pergi...rumah terengganu n selangor..maaf la kalau ade ikhwah yg jemput dtg rumah tapi saya x datang..insyaAllah jika ade kesempatan saya ziarah la nanti..


di sini ade la beberapa gamabr raya untuk family di rumah sana tgk..tak byk pon..gambar makan rendang pon x de..hehe

sebelum solat raya..di suq sayyarat..

bersama dgn idin n pak lah..

bergambar bersama ikhwah di msjid salam..saya terhalang blk syazwan

singgah sebentar di kedai asir...dgn ikhwah dari india

nak balik rumah..terserempak dgn budak2 arab..pagi raya main perang2..

depan masjid syarbini..nak pi jalan raya

bersama dgn teman2 di hadapan imarah selangor


jumpa dgn basheer n khairul fatihin..lama x jumpa

jumpa juga munir..bakal doktor..baru sampai


itulah serba sedikit gambar hari raya di mesir ni..x sempat lagi nak jumpa dgn adik..

kepada semua yg di luar sana..jaga lah adab2 kita sebagai seorang muslim di hari raya ini..adab makan..adab berziarah..moga membawa erti dalam hidup kita..

Friday, September 18, 2009

Harapan Ramadhan

assalamualaikum..

hari ni hari terakhir puasa ramadhan tahun ini..

bagaimanakah ramadhan kita..

terkesankah tarbiyah ramadhan di hati kita..

bagaimana hari-hari yang mendatang nanti..

istiqomahkah kita dgn amalan2 ramadhan..

atau kita kembali seperti sebelumnya..

hidup penuh noda dan nista..

ramadhan..peluangnya sama..natijahnya berbeza..

kun rabbaniyyan..wala takun ramadaniyyan..




*alhamdulillah..dah dapat rumah baru..
*pi kaherah lepas zohor..beraya di sana insyaAllah..

Saturday, September 12, 2009

I'ktikaf ramadhan..

assalamualaikum..

ramadhan kini berada pada fasa terakhirnya..

dua fasa telah berlalu..bagaimana hari-hari itu..

adakah kita masih selari dgn matlamat..

atau telah kecundang sebelum tamat..

30-23..7 hari sahaja peluang yang masih ada..

sebelum ramadhan melabuhkan tirainya..

sempatkah kita melepaskan diri dari neraka..

atau memang hati telah tawar dengan syurga..

muhasabahlah diri kita..

insyaAllah kesempatan masih ada..




pesanan dari penganjur:"Mari kita bersama-sama memanfaatkan saat-saat akhir Ramadan kali ini dengan menyertai program iktikaf sempena 10 akhir Ramadan. Pelbagai pengisian dan aktiviti telah diatur agar anda dapat mengecapi nikmat akhir Ramadan dengan penuh bermakna.Daftar segera kerana tempat terhad".


ini sekadar salah satu wasilah untuk membantu..perubahan itu bermula pada diri kita..

wassalam..

Tuesday, August 25, 2009

Native Deen-Ramadhan is Here

single terbaru native deen..best


Yo they sighted the moon, its Ramadan! Now I gotta plan, before itsi come and gone

Uh… Everybody knows that we gotta fast. But does everybody know how the time is passed?
Is it sleeping all day and the nights a blast? And forgetting the reward of the month is vast?

I know you gonna wake-up, right. Drinking water maybe bean-pie, praying at sunrise....
Fast in the day, keeping that deen tight. Breaking fast with some dates, taraweeh at night

Alright... it’s a blessed month. It doesn’t mean at iftar, that you can’t have fun,
But strive in your heart, for your Lord the one… And be blessed by Allah, when the month is done.

[Chorus]

Four minutes left, Mom busts in the door, like… Get yourself up, you about to miss Suhur
Turkey bacon on the plate but I’m beefing. I'm up here sleeping, when they’re down here eating.

Scenes like this, it makes me reminisce what it meant growing up with Ramadan as a kid.
My homie's buying up the corner store. Now or later, quarter waters,
We break at eight but its quarter to four.

They got jokes, like oh yeah he’s fasting. Something about blessings, heaven everlasting
Asking like the Feds up on me, “But dude, let me ask you for real, is you hungry?”

A hunger for the day when the sins on my slate be as empty as the food on my plate.
And if you got jokes, man here is a taste. Take a little fasters breath to the face.

[Chorus]

Ramadan vibrations, more donations. Dinner invitations, many supplications
Good behavior means better reputations. Don’t start nothing, no provocations

No fighting no argumentation. From the fitna and the drama, take a vacation
Mosque is packed with a huge congregation. Some just come as an annual visitation

Some just come for the hum of the recitation. Memorization of revelation,
Less temptation, with more contemplation. Getting ready for the Eid celebration

Shake a lot of hands giving salutations, Salaam Alaykums, peace upon the nation
The world is one, forget the segregation. Another Ramadan congratulations!!

Monday, August 24, 2009

marhaban ya ramadhan

assalamualaikum..

sekolah ramadhan..mengajar kita kembali kepada fitrah..mensucikan diri dari dosa2..rugilah bagi yg suka ponteng2..x buat kerja sekolah..lepak2..tidur x kena masa..
tak fokus..



ingat..puasa bukan sekadar tak makan dan tak minum..

Thursday, August 20, 2009

POSTER RAMADHAN

assalamualaikum...

ramadhan menjelang tiba..jalan2 dan lorong2 di sekitar mesir cukup meriah ketika ini..dihiasi dengan fannus2 ramadhan..lampu berwarna- warni yang berkelipan..cukup meriah..masjid2 turut sama diberi wajah baru..dipasang lampu warna-warni..dicat dinding..itulah persiapan yg dapat dilihat bagi menyambut ketibaan ramadhan..

antara perkara yg tidak kurang menariknya juga ialah poster2 sempena ramadhan..sungguh kreatif poster2 islamik yang dihasilkan ini..yang mana budaya poster ini agak kurang di malaysia..di mesir..setiap kali ada perayaan penting islam..pasti akan ade poster2 baru yg dijual..ramailah yg akan ke maktabah2 utk membeli poster2 ini...di sini saya sertakan beberapa contoh poster yg telah dibeli..








cukup menarik dan penuh dengan nasihat dan pengajaran...boleh juga dijadikan koleksi dan ditampal di dalam rumah kita..bagi menghidupkan suasana ramadhan bermula dari dalam rumah kita sendiri..

ramadhan...rebutlah peluang yg hanya datang setahun sekali ini..kepada mama,abah,family di malaysia juga kepada semua..selamat berpesta ibadah di bulan ramadhan karim ini..moga ramadhan kali ini membersihkan diri kita dari segala dosa kembali kepada fitrah..dan meningkatkan takwa..amin ya Allah..

Wednesday, August 19, 2009

result exam..

assalamualaikum..


kena tingkatkan lagi usaha..
gagal sekali x bermakna gagal selamanya..



result exam tahun satu usuluddin mansurah..keputusan yg saya perolehi sederhana..hampir2 gagal..alhamdulillah berjaya naik tahun dua..tapi sekadar mendapat pangkat maqbul..atau lulus..

tu ar..akibat banyak main..malas study..kuliah jarang2..

tahun dua..perlukan booster..iman perlu ditingkat..solat jaga..quran jaga..perubahan bermula dari diri sendiri..dakwah juga

ya Allah..selamatkan aku dari ujian dunia ini..dari fitnah dunia ini..

syukran kepada yg mendoakan diri ini..kepada mama abah..family..guru2..kepada teman2..

Thursday, August 13, 2009

bila la nak keluar

assalamualaikum..

kawan2 saya semua dah dapat result exam..saya dan teman2 usuluddin tahun 1 mansurah je x keluar2 lagi result...padahal kami habis exam paling awal...teruskan berdoa..Allah suka mendengar doa dari hamba2Nya ni..doakan la kami dapat yang terbaik..penat menunggu ni..biar berbaloi penantian..


al-fatihah utk ustaz asri rabbani yg telah kembali ke rahmatullah...dari kecik lagi dah dgr lagu2 nasyid dia..zaman2 nadamurni dulu.."yang pergi takkan kembali lagi"..

-nantikan post mengenai ramadhan..(tgh cari bahan lagi ni)

Wednesday, July 29, 2009

takziah..

assalamualaikum..

ptg td baru je lps ziarah mama (isteri baba tuan rumah kami)..nak ucap takziah atas pemergian baba..walau pun agak terlewat kerana urusan di kaherah..kelihatan mama sgt gembira dgn kehadiran kami..saya rasa mama tgh berkabung(masa tu ada mak kepada mama..makcik n anak2 mama sekali ) kerana mama memakai pakaian serba hitam..dlm islam kalau x silap mmg isteri berkabung utk suami 40 hari..kelihatan kat sofa ade bayi kecil..tanya mama anak sape..rupenya tu anak mama..terkejut gak..ingat cucu dia..kembar laki n perempuan..(sedih pikir budak tu kecik2 dah xde ayah..comel pulak tu)..saya xde la sembang sgt..member je yg byk sembang..saya dgr je..mama kate dia anggap kami ni dah macam anak dia dah..terharu jugak la..mama bitau baba meninggal sebab penat(ta'ban..fil mustasyfa)..

sebenarnya antara tujuan lain kami dtg nak bitau kami nak pindah rumah..jadi bila mama citer yg dia sekarang agak susah..sebab baba dah takde..yg boleh harap anak sulung dia 21 tahun..tu pun kena tunggu anak dia balik dari latihan tentera(mcm PLKN la)..rasa serba salah la pulak nak bitau..mama siap suruh carikan budak malaysia lain sewa kat rumah2 dia yg lain..punya panjang kami pusing2..berlegar2 di udara..sebelum nak sebut kami nak pindah..last2 berjaya jugak walaupun agak berat..kelihatan mama juga agak berat mendengarnya..tapi mama mampu menerimanya..sebelum kami berundur diri..kami sempat la hulur sikit bantuan wang kat mama..tapi mama mmg sungguh2 tolak..last2 bila pujuk2..cakap pasal anak kecik dia (nama faris) baru dia terima..kelihatan mama sgt terharu..moga arwah baba sejahtera di alam sana..

itulah..kita hidup kat dunia ni bukan sorang2..ada kalanya kita perlu menghayati dan merasaai perasaan org di sekeliling kita agar hati kita terus hidup dan segar ..x mati..

wallahua'lam..

Wednesday, July 22, 2009

monolog di pagi hari

assalamualaikum w.b.t..

selamat pagi kepada semua ..(pukul 12.54 am waktu mesir)..

kali ini saya saje2 nak update blog..(dah lama x update..sekali update byk terus)..x ngantuk lagi..tak tau nak wat ape..so,terpikir la nak kongsi sesuatu yg terlintas difikiran..

ade kata2,saya x pasti siapa..yg menyebut.."sesuatu perkara yg kecil boleh menjadi besar kerana niat,dan sesuatu perkara yg besar boleh menjadi kecil kerana niat"

selalu juga saya dgr benda ni..dan saya rasa rata2 anda pun pernah mendengar ungkapan ini..cuma kdg2 biasalah,kita ni manusia..selalu je lupa..sibuk buat benda yg besar2..bak kate org..GRAND la kan..tapi disebabkan niat kita yg x murni..abis penat lelah usaha kita sia2 je semua...dan lebih malang lagi kita sering perlekeh benda2 yg pada pandangan kita kecik je..bak kate Native Deen "small deeds that i over look" ..sedang kan benda kecik ini lah yg mampu meningkatkan martabat kita di sisi Allah..

saya ambil contoh,hari jadi kawan anda..xperlu pon bagi hadiah yg grand2..cukuplah dgn menunjukkan kita prihatin dan ambil tahu tentang dia..hadiah ape pon..mesti dia akan hargai..seperti mafhum hadis nabi s.a.w.."salinglah memberi hadiah sesama kamu,nescaya kamu akan berkasih sayang"..nabi x sebut pon suruh bagi hadiah unta seekor ke..kurma sebalang ke..cukup dgn hanya memberi..

antara pengalaman saya sendiri..pernah saya terima hadiah hari jadi yg betul2 buat saya terharu..walaupun hadiah tersebut hanya berupa satu balang kaca berisi 2 ekor belalang hijau yg kecil..beserta ucapan doa utk PMR dari family di rumah ketika saya bersekolah di asrama..diterima dari dua org adik kecil saya..kakak saya hantar kat sekolah..cukup terharu ketika itu..nampak kecil je,tapi jika kena dgn orgnya..dan niatnya..benda itu sgt besar ertinya..saya ni mmg minat haiwan..tu yg dpt belalang tu..

kenangan di asrama...dgn anak tenggiling


salah satu contoh lagi..saya kalau kat rumah selalu je tidur di ruang tamu..kat kerusi panjang..kat lantai..x pakai selimut..tapi bila bangun tidur je dah berselimut..lama2 saya tahu..mak saya yg selimutkan..pagi2 bangun selimutkan..terharu sungguh..kan itu mengeratkah kasih sayang..rindu kat mama..nak tidur je teringat..

itu baru dua contoh..saya yakin anda sendiri ada pengalaman mcm saya..cuma kgd2 kita terlepas pandang benda2 yg tersirat disebalik sesuatu perkara..

point utama di sini ialah..NIAT..benda kecik tp niat ikhlas..jadi besar..benda besar kalau niat ikhlas..jadi lagi la besar..so,kalau kecik x ikhlas pun x guna..besar apa tah lagi..

Tuesday, July 21, 2009

seminggu di kaherah

assalamualaikum..

apa khabar agaknya semua..apa pula khabar iman kita..selalu2 lah tanye diri kita..kita sendiri boleh menilai dgn melihat perkara2 yg telah kita lakukan..sifat iman manusia ni 'yazid wa yanqus'..bertambah dan berkurang..

seminggu berlalu..saya berkampung di kaherah..ingat nak balik mansurah hari tu untuk uruskan rumah..nak pindah..tp badan x berapa sihat..so stay la dulu kat kaherah ni..syukran la kat ahli bait yg susah2 kemas brg..packing..x dapat nak tolong...ukhuwwah..

beberapa perkara yg berlaku sepanjang minggu ini..

1) Talk show di jalan dakwah aku menikah..(click)


2) pengajian madrasah thurathil anbiya' yg baru bermula di rumah sarawak setiap pagi jumaat..bagus untuk kefahaman tentang agama..buat bekalan di perjalanan..

3) HARITH..hari riadhah dan thaqafah BKASM..dpt join sikit sebab x berapa sihat..seronok dpt bersama2 kawan2 di kaherah yg lama x jumpa..sempat jugak jumpa dgn Khalid..anak muallimah hanum..yg belajar kat bu'uth..


4) berita kematian BABA rumah saya baru saya terima pagi td..innalillahiwainnailaihiraajiun..idin baru dtg dari mansurah beritahu..agak terkejut jugak..ingat idin buat lawak..sebab BABA ni happy2 org nya..kitorang pulak tgh proses nak pindah dari rumah dia..itulah kalau dah ajal..'cukuplah mati itu sebagai peringatan'..lazat dunia,lazat lagi akhirat..

5) majlis akad nikah dan walimah sahabat saya irfan salmi..siang tadi bertempat di DMAK..kali ni saya x dpt nasyid sebab suara x ok..batuk2..x sihat..buat2 reti main perkusi kat belakang..dgn pakai seliparnye..maalisy ar..tahniah diucapkan kepada beliau..mabruk..


itulah antara aktiviti2 sepanjang minggu ini..byk perkara yg dpt saya lihat dan nilai..dan juga buat saya berfikir..jadikan dakwah agenda utama dlm hidup..nescaya setiap perkara yg berlalu terkandung hikmah dan pengajaran..

dikesempatan yg ada ini..marilah kita bersiap sedia utk menyambut ketibaan bulan ramadhan nnt..mula melangkah dari sekarang agar nanti dpt berlari..

buat family di Malaysia..moga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah..buat mama dan abah..moga sihat2 selalu..doakan haidar kat sini..

Monday, July 13, 2009

marsa matruh

assalamualaikum..

agak sedikit janggal untuk menulis semula di blog ini..

alhamdulillah..minggu lps saya telah mengikuti percutian musim panas di marsa matruh..sebuah destinasi yg sgt indah dan menjanjikan seribu satu kenangan..dan lebih indah lagi jika ia dpt menambah iman,menguatkan ukhuwwah serta menaikkan amal kita..baru lah tidak sia2...bak kate org dulu2.."sambil menyelam minum air"...tapi kat marsa matruh ni x leh la nak telan pasal air dia masin...air laut..

tgk la gambar ni..

ni kat pantai ageba..mmg lawa

ni pon sama gak..


dari kanan: irfan(ketua kump..nak kawin dah),saya(kameraman)ehsan(ketua chef)ridwan(gaya tersendiri)sopi(dtg dari sheffield U.K)syazwan(atlit kita)anas(penuh penghayatan)ibrahim(kelakar..dpt mumtaz exam)adam(penuh kejutan dan misteri)


heroes kumpulan SOPAN


antara aktiviti yg dijalankan...iron chef..


byk lagi aktiviti yg menarik..tpi nak cerita kat sini pon x guna...gambar pon x byk ambik masa aktiviti sebab asyik sangat sampai x de masa..

marsa matruh telah melambai pergi..moga berjumpa lagi..


kata kawan saya semasa di sana "byk pengajaran yg kita dpt di sini(matruh)..semua itu x berguna kalau kita tidak aplikasikan dan manfaatkan utk kita dan org lain,bila kita pulang nnt"

medan dakwah cukup luas..anda seorang pasti tidak mampu..pelangi tidak tercipta dgn hanya satu warna..perlu saling lengkap melengkapi antara 7 warna..

so kawan2..kepada yg bercadang utk pergi bercuti lagi..pastikan niat dan tujuan anda..agar tidak sia2 kembara anda..

dan jgn lupa..bulan ramadhan semakin menghampiri..buat2 la apa yg patut..




hampir2 hilang dalam gelap...mujur ada sinar menerangi...kini melangkah sekali lagi...jgn kau pergi lagi...atau aku sendiri yg lari??