Saturday, October 13, 2012

Penulis Yang Disayangi Tuhan



Bismillah

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah , bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana mengurniakan kesempatan bagi saya untuk menyertai sebuah bengkel penulisan yang julung kalinya diadakan di bumi Mesir ini .


Bengkel penulisan yang memfokuskan kepada penulisan novel islami ini telah disampaikan oleh dua orang tokoh hebat dari Malaysia iaitu Tuan Pak Latip dan juga Cik Puan Azzah . Dua tenaga pengajar dan tokoh novelis yang sangat memberikan inspirasi buat kami .


Cita-cita dan impian saya untuk menjadi seorang penulis sudah lama ada . Sejak di bangku sekolah menengah lagi . Jika dilihat pada profile saya , tercatat di situ ' On Blogger since May 2004 ' . Menunjukkan sudah 8 tahun usia blog saya ini . 


Namun entri atau post yang ditulis boleh dibilang menggunakan jari :)
Semangat menulis saya tidak cukup kuat . Banyak menulis hanya untuk kepuasan diri . Takut untuk berkongsi dan juga bertanya . 

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya dipilih oleh Allah dari beribu mahasiswa yang ada di Mesir ini untuk mengikuti kursus ini . Kerana bagi saya secara peribadi , kursus ini telah memberi satu makna yang besar di dalam hidup saya . 


Melalui kursus ini , saya mendapat satu semangat baru untuk menjadikan penulisan ini sebagai satu wasilah dan juga wadah dakwah dengan lebih serius . 


Saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang disayangi tuhan . Saya sangat suka akan istilah ini . Teringat kata-kata dari tuan Pak Latip yang mengingatkan bahawa sekiranya kita menulis perkara-perkara yang negatif , lalu pembaca mencontohinya , maka kita turut sama menanggung dosanya .


 Mungkin perkara negatif ini membuatkan karya kita laris di pasaran akan tetapi ia juga membuatkan kita muflis di hari kemudian . Begitulah sebaliknya . Apabila kita menulis perkara yang baik dan pembaca terkesan lalu melaksanakannya maka kita turut sama mendapat saham darinya . 


Saya berharap agar semangat menulis ini tidak luntur dek masa dan juga tanggungjawab-tanggungjawab lain yang ada . 


Mohon agar dapat mendoakan diri saya menjadi penulis yang disayangi tuhan dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam bagi membawa masyarakat ke arah kebaikan . 


Sambil menarik nafas dalam-dalam lalu memejamkan mata , hatinya berbisik "saya boleh melakukannya" .

3 comments:

mz said...

tahniah ! mai sini ana promote kat page ana.

Nawfal Fathel said...

insyaallah. ustaz haidar boleh melakukannya!

Muhd Iqbal Samsudin said...

insya-Allah lepas ni siap la sebuah novel daripada Ustaz Haidar kita ^^