Monday, March 29, 2010
izzuddin masuk hospital
assalamualaikum..
jumaat lepas..seorang kawan saya muhammad izzuddin selamat telah mendapat kecederaan ketika bermain bola..
kecederaan yang dia alami agak serius sehingga memerlukan kepada pembedahan di mana terdapat sedikit keretakan pada buku lali dan terkehel pada bahagian sendi kaki kanannya(dislocation of anterior subtalar joint) bak kata azrul azly..kawan saya yg belajar medik kat mansurah ni.
menurut beliau(izzuddin),doktor yang merawat beliau berkata bahwa kes ini kes yg jarang berlaku.kaki terkehel ke dalam.saya pon x faham sangat.
sepatutnya pembedahan dijalankan hari ini..tapi memandangkan keadaan kaki dia yg masih bengkak,pembedahan terpaksa ditangguhkan samada esok atau lusa..
saya sempat menziarahi dia petang tadi..di mana dia tetap ceria seperti biasa..cuma kaki sakit la..dia suruh doakan utk dia..
kepada yg ingin menziarahi izzudin..beliau kini di mustasyfa tawari' ..wktu lawatan pkl 2-4 di tingkat 6 bilik 601..tiket masuk hospital LE 3 kot..(first time jumpa hospital kena bayar nak masuk..kalau lawa x pe la..tapi..hehe)..
syafakallah ya akhi..
Wednesday, March 24, 2010
IKLAN:Kelas Fiqh
Siri SATU
Tentu anda ingin tahu.
1. anda diharuskan menjamakkan solat kerana sibuk atau hujan
2. berapakah jarak perjalanan yang diharuskan untuk menjamakkan solat anda?
Kelas Fiqh Luar Negara, merupakan satu usaha dalam menyediakan alternatif
mudah dan panduan ringkas dalam bermusafir. Terutama untuk komuniti
pelajar yang bermastautin di luar negara. Pembentangan menfokuskan mazhab
syafie, dengan mengambil kira pendapat mazhab-mazhab lain. Pihak kami menyediakan
nota sebagai rujukan ringkas. Bentuk penyampaian yang mudah, dan ringan diharap
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh hadirin.
Jumpa disana!
http://ismamesir.com/mansurah/
Sunday, March 14, 2010
Moga bahagia hingga ke syurga..
assalamualaikum...
alhamdulillah..tanggal 14 mac 2010..abang saya Haarith Mahmud yang merupakan anak ke-4 telah selamat melangsungkan perkahwinannya dgn Nazrah Abdul Aziz dgn sekali lafaz..barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair(bace mcm maher zain nasyid)
moga bahagia hingga ke syurga..
Thursday, March 11, 2010
doa kami buat mama dan abah..
Mama, Abah...Moga Bahagia hingga ke Syurga
Mama dan Abah kebanggaan kami,
10 permata yang masih perlu digilap untuk mengeluarkan cahayanya..
Mama dan Abah kesayangan kami,
10 hati yang belum puas bermanja..
Ya Allah, ampunilah Mama dan Abah, berkatilah amal usaha mereka,
kasihilah mereka sepertimana kami dikasihi..
Mama dan Abah..Moga bahagia hingga ke syurga..
(diambil dari blog hafsa mahmud)
Subscribe to:
Posts (Atom)