Wednesday, September 22, 2010

Coretan 2010/2011



assalamualaikum..

apa khabar semua..moga sihat2 selalu..sama2 kita perbanyakkan zikir kepada Allah..melazimi zikir pagi dan petang adalah patut menjadi kelaziman kita seorang muslim..kalau saya,saya baca zikir ma'thurat..

1)minggu ini Mansurah telah mula menerima kedatangan pelajar2 baru yang mengambil jurusan perubatan di sini.Makin bertambah la warga Malaysia di Mansurah ini.Semalam sempat bertemu beberapa pelajar baru ni..terkenang zaman mula2 datang dulu..byk benda nak tau..dgr cerita dari org lama..jadi semalam saya pulak la yg bercerita kepada mereka...moga permulaan pertemuan ini membawa kepada banyak lagi kisah2 menarik sepanjang sessi 2010/2011 ini..(diorang duduk kat banggunan sebelah je)..besar tanggungjawab kita sebagai org lama..tunjukkan qudwah yg baik kepada pelajar2 baru ni..jgn ajar benda bukan2..bimbing mereka..jgn suatu hari nanti kita dok salahkan mereka itu dan ini sedangkan puncanya adalah dari kita yg konon nya tak ada salah..asas dakwah kita cinta dan kasih sayang...:)

2)sessi kuliah 2010/2011 sudah pon bermula..di waktu pagi sudah kelihatan pelajar sekolah dan universiti keluar menuju ke tempat pengajian masing2..dan saya juga,tahun ni akan memulakan pengajian tahun 3 kuliah usuluddin,Syu'bah Hadis,Universiti Al-Azhar Mansurah..Azam baru,semangat baru..moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.." rasa lemah/putus asa setelah berusaha bersungguh2 adalah berpunca dari permulaan yang rosak" (ye ke camni kalau diterjemah?? ) sama2 kita perbaharui niat kita..

3)tahun ni ramai kawan2 yg datang Mesir ni..adik2 junior kat sekolah dulu..kawan sekelas pon ada yang datang sini..jagalah jati diri anda..apa yang baik kita ambil teladan..yang buruk kat mesir ni jadikan sempadan..xde dah mak ayah/muallim muallimah nak tengok2kan..sama2 la kita saling nasihat menasihati..Mesir ni bumi anbiya'..tapi jagan lupa Mesir juga bumi firaun..

wassalamualaikum..

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



assalamualaikum w.b.t..

1)alhamdulillah..dipanjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala limpah dan kurnianya..dapat diri ini melalui sekali lagi bulan ramadhan yg mulia ini..sat lagi nak berbuka buat kali terakhir utk tahun ini..moga dapat bertemu lagi di ramadhan yg akan datang..

2)persoalannya..mampukah diri ini istiqomah dgn amalan2 seperti membca quran,qiam,sedekah, amalan2 yg lain selepas berlalunya bulan ramadhan...kata orang..antara tanda2 amalan kita diterima dan taubat kita diterima ialah kita mudah utk melakukan amalan2 kebaikan ni..taqabbalallahu minna wa minkum..

3)salam aidilfitri diucapkan kepada keluarga yg dirindui di Malaysia..kullu am wa antum bilkhair..kali ni masuk kali ke 4 tak dapat raya bersama..moga sentisa dalam peliharan dan rahmat Allah hendaknya..juga kepada guru2..para murabbi..sahabat2 yg mengenali diri ini..moga amalan kita di bulan ramadhan diterimaAllah...mohon ampun dan maaf atas segala salah silap selama ini..moga hati kita suci dar dendam dan sengketa antara kita..

4)tahun ni beraya di kampung..setelah 2 kali beraya di bandar..kampung mana??..kampung TANTA la..:)..diorang semua sekarang tgh gotong royong masak utk jamuan esok..(tetamu rehat2 je..tolong tengok sikit2)..nak letak gambar..kamera x de nak amik gambar..nnt la pinjam kamera kawan..boleh tunjuk kat family suasana beraya di sini..

ok la..sat lagi nak berbuka..nak pi siap2..rebut pahala berganda sebelum habis masanya..

wassalam..