Thursday, October 18, 2012

PEMERHATIAN : Mesir dan London



Ada orang mengatakan bahawa Mesir kotor, mundur, tiada sistem, rakyat tidak bertamadun dan bermacam-macam lagi perkara negatif yang lain.

Ada juga yang mengatakan, sama sahaja zaman Mubarak atau zaman Mursi, Mesir tetap huru hara juga. Sana-sini ada masalah.

Bahkan ada yang mengatakan Mesir zaman Mubarak lebih baik dari zaman Mursi, negara lebih stabil dan aman walaupun Mubarak itu teruk orangnya.

Dan saya sendiri menjadi saksi akan aksi2 orang Mesir yang memang menguji segala perasaan emosi jiwa dan raga kita dalam berurusan dengan mereka.

Belum ditambah dengan sikap tidak menjaga kebersihannya. Juga sikap menganggap setiap dinding itu adalah tandas. Soal traffic jalan raya usah dikata, parah.

Pengalaman peribadi saya ketika menaiki kenderaan awam, sampah yang saya pengang menanti jika ada tong sampah untuk dibuang, diambil oleh orang Mesir lalu dibuang ke luar tingkap.

Bukan sekali, bahkan lebih.

Apa orang Mesir ni teruk sangat kah? Hingga ada yang membandingkan antara negara Mesir ini dengan London.

"Orang London lagi bertamadun dari orang Mesir. Harap sahaja Islam."

Anda bersetuju ?

2 comments:

Anonymous said...

hai~...dar
timbalan menteri belia dan sukan, Dato' Razali Ibrahim berkata2 pada minggu taaruf ukm, mesir masih huru hara selepas tukar kerajaan, benarkah begitu?

Anonymous said...

rasanya bukan bersih atau kotor yg menjadi persoalan tetapi dimanakah impak terhimpunnya ramai ulama islam kpd masyarakat...kenapa walaupun ramai org yg dtg untuk belajar islam di al-azhar tetapi di jalan2 mesir masih ramai yg tidak mengamalkan islam? ini persoalannya... :)