Saturday, May 30, 2009

cerita spy versi aku

hari ni saya nak bercerita..kita lupakan sementara exam..buku..pen abis dakwat...pembaris patah..muqarrar...pening kepala..dan lain2 lagi..

siapa nak dengar silakan..x nak..boleh la pi blog lain..byk kat tepi tu..

mgkin cerita ni ramai dah dgr..tp mgkin juga nisbah yg ramai tu x sampai pon 1% dari org2 yg lawat blog saya ni..ceritanya begini..

kisahnya pasal raja kafir hantar spy kat negara islam..spy tu pon ronda2 dlm negara islam ni..last2 dia jumpa sorang remaja ni..dia tgk remaja ni tgh nangis..dia tanye la..nape nangis???

"saya sedih kerana saya kalah dalam pertandingan memanah utk pemilihan tentera yg akan pergi berjuang" jawab remaja itu sambil teresak-esak..

spy itu dapat satu kesimpulan..dia pon melaporkan kepada raja..

"wahai rajaku,pada hemat saya..kita tidak boleh melawan negara islam pada waktu ini..saya telah melihat remaja islam sangat kuat pegangan mereka..semangat jihad mereka...bla..bla..bla......" spy itu menjelaskan satu persatu laporannya...

jadi,perancangan utk menyerang negara islam pun ditangguhkan..

setelah berlalu beberapa purnama..sekali lagi raja menghantar spy dia ke negara islam..

spy tu pon ronda2 la sekitar bandar..last2 jumpa jugak sorang remaja ni tgh duduk menangis teresak2..dia pon tanye...

"awat hang nangis ni?" tanye spy tu
"saya sedih kerana kekasih saya telah meninggalkan saya.saya sangat cintakan dia.."remaja itu meneruskan tangisannya..

spy itu begitu gembira mendengar jawapan itu..lalu dia terus melaporkan kepada raja..

"wahai raja ku,sekarang adalah masa paling sesuai utk kita menyerang negara islam..pemuda mereka sibuk melayan cinta..lalai dan leka..bla...bla..bla.." spy itu melaporkan penuh semangat..

(pastu apa jadi??..)

raja pon hantarlah tentera kat negara islam..berlaku lah satu pertempuran sengit..namun sangkaaan raja utk mendapat kemenangan mudah ternyata meleset...ternyata kekuatan tentera islam tidak terlawan oleh mereka..akhirnya mereka tewas dan melarikan diri dan berundur..

raja pon panggil spy datang mengadap
"apa kes ni?? kamu kata kita boleh menang.Tapi sebaliknya yg berlaku.Kalah teruk pulak tu.."kata raja

"Saya pon hairan jugak..jika mengikut prinsipnya..kita mmg akan menang..kerana persenjataan kita lebih hebat..org islam hanya akan menang jika iman mereka kuat.." jawab spy tu..

(persoalannya?? camne islam tetap boleh menang??)

rupa2 nya spy tu x abis check...kekasih yg dimaksudkan oleh pemuda itu adalah Rasulullah s.a.w..kekasih agung bagi ummat islam..begitu rindunya dia terhadap kekasihnya sampai menitiskan air mata..pernahkah kita??


itulah kisahnya..harap boleh buat pengajaran sendiri..

(kisah ini telah diubah suai dari kisah asal dgn sesuka hati oleh saya..diilhamkan oleh izzsalamah)

**baru abis paper milal nihal...dah2..x yah pikir...dah lepas...

Thursday, May 21, 2009

~ADA APA DALAM GUA??~


bersempena hari jumaat yg mulia ini..kita amat digalakkan untuk membaca dan mentadabbur surah al-kahfi..di mana terdapat hadis baginda s.a.w.."barangsiapa yg membaca 10 ayat terakhir dari surah al-kahfi akan terselamat dari fitnah dajjal" -riwayat muslim-..

nak dijadikan cerita..saya x leh nak tido..so saya on la laptop kawan saya ni..kebetulan member bilik saya pon x tido lg..kate nye nak baca buku kejap..pastu dia cite la kat saya ape yg dia bace..pasal surah al-kahfi..point2 yg diceritakan menarik dan sgt baru bagi saya..member saya pon cdg la letak dlm blog..katenye banyak saham dpt nnt..saya yg dah berazam x nak bloging pun termakan dgn tawaran itu..hehe..tawarannya cukup lumayan..secara ringkasnya begini...


surah al-kahfi secara umumnya menceritakan mengenai 4 kisah yg penting..1)kisah penghuni gua(ashabul kahfi). 2)kisah 2 pemilik kebun.3)kisah nabi musa dan nabi khidir. 4)kisah zulkarnain...(utk detailnya..kena la baca sendiri ye)

apakah rahsia disebalik kisah2 ini sehingga boleh menjadi penyelamat kita daripada fitnah dajjal??

jika kita lihat dari suatu sudut..kisah2 ini menceritakan pintu2 fitnah yg akan digunakan dajjal..dari kisah ashabul kahfi,menceritakan mengenai fitnah agama..kisah 2 pemilik kebun pula mengenai fitnah harta..dan kisah nabi musa dan nabi khidir pula fitnah ilmu...manakala kisah zulkarnain mengenai fitnah kuasa...

-(agama)dajal mampu hidupkan org mati..lalu org menyembahnya
-(harta)dajal mampu memanggil hujan dan menjadikan tanah subur dgn tanaman2..
-(ilmu)dajal mengetahui banyak perkara ajaib menyebabkan manusia terperdaya dgnnya
-(kuasa)dajal memiliki kuasa dan kekuatan..pergi ke serata dunia..kecuali mekah madinah

itulah antara 4 pintu fitnah yg sekarang ni pon ramai org tlh terjerat ke dalamnya..

1) agama=islam hanya pada nama..segan dgn pakaian islam..paling teruk murtad..
2)harta=riba..judi..rasuah..rompak..bakhil..dll..
3)ilmu=salah guna ilmu..ilmu tidak diamal..
4)kuasa=gila kuasa..x amanh..zalim..

apakah tindakan kita??..perlukah kita berdiam diri?? kita lihat tindakan mereka..

1)ashabul kahfi=berkwn dgn org2 yg baik dan menjauhi suasana maksiat/kemungkaran
2)pemlik kebun=tidak lalai dengan dunia dan bykkan ingat akhirat..
3)kisah nabi musa=tawadu' atau merendah diri..
4)zulkarnain=ikhlas dalam menjalankan amanah dan bersyukur

itulah juga antara langkah2 untuk selamat dari fitnah dajjal...

surah ini ditutup dgn seruan agar beramal soleh dan tidak mensyirikkan Allah..agar selamat dari fitnah dajjal..

sebelum saya tutup entri kali ini..satu lagi point yg menarik...kenapa dinamakan al-kahfi??...kerana gua itu gelap,takut,suram,kelam..ini bagi menggambarkan rasa harap dan bergantung kepada Allah..

rasulullah s.a.w berkata:
"tidak ada di antara penciptaan Adam dan hari kiamat fitnah yg paling besar melainkan fitnah dajjal" -riwayat al-hakim-

so,selamat mentadabbur..


(dipetik dari buku-khowatir quraniah- amru khalid-)

//byk lagi yg menarik..tapi masa x mengizinkan utk saya kongsi bersama2..boleh la baca buku ni utk penghayatan lebih mendalam dan cerita yg lebih jelas..