Sunday, November 13, 2011

Makcik Berbaju Hitam


assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua..lama sudah tidak menjenguk di sini..sejak ada facebook,dah tak banyak menulis dah kat blog ni (memang tak byk tulis pun dari dulu)

saya ada satu cerita nak dikisahkan di sini..cerita ni berlaku di tempat saya..begini kisahnya...

di tempat saya tinggal sekarang..iaitu di Mansurah..ada satu jalan nama dia Tir'ah..(syari' Tir'ah ,sebutan dalam bahasa arab)..dan di syari' ini..ada satu simpang 4 yang disebut syaima' (saya pon tak tahu kenapa nama dia camtu..sebab ade kedai nama syaima' kot)..dan simpang 4 ini betul2 terletak di depan rumah yang saya duduk sekarang..iaitu di atas masjid Firdaus..sekiranya keluar ke balkoni rumah..pasti kelihatan simpang 4 ini..

dan cerita yang saya nak kisahkan ini berlaku di simpang 4 ini lah..(kiranya latar tempat dia la).. dan kisah ini berlaku pada waktu marghrib dan selepas nya..iaitu pada malam hari ( latar waktu pulak)..

memandangkan rumah saya tiada internet,maka saya sering kali ke rumah kawan saya yang terletak di Jalan Nokity (bahasa arab dia,syari' nokity)..dan untuk ke rumah beliau..saya harus melalui satu simpang 4..dan simpang 4 yang saya lintasi itu adalah simpang 4 yang saya maksudkan tadi..(ye, Syaima' nama dia)

kebiasaannya,saya akan guna internet sebelum maghrib atau selepas maghrib..sekiranya saya guna sebelum maghrib..maka saya akan pulang ke rumah selepas solat maghrib..dan sekiranya saya guna selepas maghrib..saya akan pergi ke sana selepas solat maghrib...

jadi,di sekitar waktu itulah saya perlu melintasi simpang 4 tadi..awalnya saya tidak mengambil endah pon apa yang saya nak cerita ni..cuma bila first time lihat depan mata..ada rasa pelik,kasihan..camtu la..tapi memang benda camni dah biasa ada kat mesir..jadi setakat itu je la perasaan saya..

tapi apabila saban hari saya lalu di simpang itu..scene yang sama saya lihat setiap kali melintas di situ (takde la setiap kali lalu..tapi selalu la)..ini bukan pasal kereta yang bersesak2 atau pemandu2 yang selalu gaduh2 kat situ apabila kereta mereka berlanggar..tapi ini lebih lagi..

kisahnya begini (lambat betul nak masuk ceritanya)..setiap kali lalu di situ..saya perasan ada seorang mak cik..dia berjubah hitam..dia bertudung hitam..berkaca mata bulat..di bawah samar2 cahaya lampu jalan..kelihatan sedikit lusuh pakaian mak cik tadi..jadi? apa ceritanya dengan makcik ni yang lebih hebat dari kisah pakcik2 arab yang selalu gaduh2 kat simpang 4 tadi..sampai pukul2 cekik2 ?

apa yang saya perasan..setiap kali lalu di situ..kelihatan makcik tadi sedang makan sesuatu..sambil duduk di bucu jalan di simpang 4 tadi..(apa yang peliknya..biasalah kalau orang makan tepi jalan) nak tahu apa yang mengejutkan???

rupa2nya..apa yang makcik tu makan adalah dari tong sampah besar yang terletak di bucu simpang 4 itu..makcik itu seolah2 tidak mengendahkan langsung akan kehadiran orang ramai yang berpusu2 lalu lalang di situ..makcik itu akan tekun menguis2 dan menyelongkar sampah sarap untuk mencari sisa2 makanan yang ada..kadang2 kelihatan makcik itu mengunyah roti..kadang2 seperti mengunyah sesuatu yang kelihatan lembik..dan macam2 lagi (faham2 je la kalau dah sampah..macam2 ada)..makcik itu akan makan dengan berselera sekali..seolah2 seperti kita yang sedang memakan pizza atau burger..

dan perkara ini berlaku bukan sehari dua..tapi selalu..itu lah yang berlaku..mungkin jika esok hari anda pergi ke situ..anda juga akan berpeluang untuk menemui makcik ini..dan lebih menghairankan lagi adalah..makcik ini hanya akan ada pada waktu maghrib dan selepasnya..kemudia saya tidak pula pernah melihat makcik ini mengemis atau meminta2 duit dari orang lain..saya juga tak tahu dari mana dan bila makcik ni datang...dan bila pula makcik ini menghilang..( sebab saya lalu je..takde la nak berhenti dan memerhati lama2..mungkin lepas ni kot)..

itulah kisahnya..kisah makcik (makcik ni tak tua dan tak muda..dalam lingkungan 40-an) yang berbaju hitam,bertudung hitam dan berkaca mata bulat..duduk di simpang jalan sambil mengunyah makanan yang diperolehinya dari tong sampah..di syari' tir'ah,di simpang syaima'..

kadang2 kita selalu fikir..."kenapa makcik tu rilek je..tak kisah pon org lalu lalang kat situ..macam dalam dunia sendiri je..tak sakit ke makan sampah"..tapi pernahkah kita tanya pada diri kita "pernahkah aku menyapa makcik tu..tanya latar belakang dia..kenapa dia buat semua ni..dari mana dia datang.."

kadang2 kita lebih melihat pada orang..apa yang sepatutnya adalah kita juga melihat pada diri kita..apa yang kita boleh buat..apa yang boleh kita sumbangkan..apa yang akan kita jadi..

kawan saya pernah cakap.."kadang2 kita rasa hidup kita ok je..semuanya mudah..tanpa kita tahu sebenarnya disebalik ok kita tu..ada kawan kita yang bersusah payah..tak tido malam..tak cukup makan..kerana menampung kekosongan kerja yang kita tak lakukan" (lebih kurang camni la yg dia maksudkan)

juga kata2 yang menyebut .."if one can do it,i can do it.if no one can do it,i must do it" bukan jadi seperti "if one can do it,let him do it,if no one can do it,how can i do it"

firman Allah dalam surah Al-Zalzalah
فمن يعمل مثقال ذرة خيراً يره ومن يعمل مثقال ذرة شراً يره
wallahua'lam..itu sahaja kisah nya kali ini..

*try la lalu kat situ waktu maghrib dan selepasnya..mana tahu dapat bertemu dengan makcik tadi