Monday, June 20, 2011

tensionnya!! EXAM..

assalamualaikum..

sekarang pukul 4.30 pagi..baru lepas subuh..lagi beberapa jam lagi saya akan menduduki paper yang kedua untuk exam final tahun 3 kuliah usuluddin mansurah syu'bah hadis yang berbaki 9 paper lagi..insyaAllah akan habis 14 Julai nanti...(setengah bulan sebelum Ramadhan)..

sekarang ni kawan2 di mesir rata-rata tgh dalam musim imtihan..bila masuk musim imtihan(peperiksaan dalam bahasa arab)..banyak perkara yang selalu kita buat pada hari2 biasa tidak dapat kita buat..mungkin faktor masa yang padat nak mengulang kaji..masing-masing sibuk study..

kadang-kadang saya rasakan yang exam ni seolah2 menyekat perkara2 baik yg saya boleh lakukan seperti ziarah menziarahi..pergi kelas pengajian..buat program kebajikan..tolong orang sana sini..macam exam ni menyebabkan perkara-perkara ini terencat..kalau boleh buat pon,sekadar ala kadar je..ye la,masing2 kan sibuk..program pon byk yg kena rehat kejap..

tapi alhamdulillah baru-baru ni..saya mendapat satu nasihat yang sangat terkesan dalam fikiran saya..yang merubah mentaliti saya terhadap peperiksaan ini..benda yang saya terlepas pandang..dgn hanya mengubah persepsi/pemikiran kita..maka seolah2 bebanan yang tadinya di atas bahu kita hilang begitu sahaja..

apa dia? berfikir secara syumul(menyeluruh)..sebagai mana yang kita tahu islam itu syumul..tapi kat mana syumulnya??..dalam buku?? yang hanya boleh dibaca?? bahkan ianya adalah pada pengamalannya/pelaksanaannya..

sebagaimana kita yakini bahawa ibadah solat dalam islam itu penting..begitu juga lah kita perlu yakin imtihan itu penting pada sudut dan peranannya..kalau solat itu tiang agama..tanpanya runtuh lah agama..begitu juga kita boleh mensyumulkan fikiran kita utk exam ini..

dunia sekarng memerlukan org islam yang cemerlang dalam pelajarannya..menjadi tokoh dalam bidangnya..menjadi rujukan dalam masyarakatnya..dan semua itu nak tak nak memerlukan kepada pengiktirafan yang diperolehi dari exam2 ini..dgn masternya,,dengan PHd nya..

jadi..cemerlang dalam peperiksaan juga adalah penting dalam islam..usah bermimpi utk kita menggantikan pemerintahan dunia yang sudah rosak ini jika kita sendiri tidak layak untuk menggantikannya..adakah Allah ingin menjadikan org islam yang memerintah dunia ini org islam yang lemah?? jahiliyyah yang tersusun akan mampu menewaskan org islam yang tidak tersusun..

pemikiran ini boleh dipraktikkan dalam semua perkara..baru lah syumul islam itu..bukan sekadar di mulut2..di buku2..atau di mimbar2 jumaat sahaja..

wallahua'lam..muhasabah untuk diri sendiri...moga Allah menjadikan kita org yang mendengar sesuatu dan beramal dgn apa yang baik darinya..mulakan dgn diri kita..insyaAllah..





Sunday, April 24, 2011

langkah semula




assalamualaikum

dah lama tak update blog..kadang2..selalu fikir untuk menulis sesuatu..tapi selalu hajat terhenti apabila memikirkan "perlu ke aku tulis pasal ni?","ada manfaat ke aku tulis ni?","apa faedahnye citer kat sini?","benda remeh macam ni pon nak citer"..

dan disebabkan sebab2 itulah blog ini sudah lama tidak diupdate..(padahal malas nak update..byk je isu sekarang ni..lagi2 duduk kat mesir ni..bukan ke baru je revolusi..isu penguat kuasaan pengharaman hijab kat perancis..apatah lagi isu2 hangat kat Malaysia..pilihan raya sarawak nya..isu bible..video..dan macam2 lagi la)

untuk makluman..mesir tgh cuti hari ni..cuti sham el nasem(ye ke?betul kot)..x pasti cuti ape tu? kalau tak silap perayaan orang2 koptik kat sini..kejap lagi nak pi main futsal..

satu benda la nak kongsi..saya ni dah dekat 3 tahun duduk mesir..tapi bahasa arab masih tak fasih2..baru2 ni balik malaysia sebab evakuasi time revolusi..asyik tertanya2 pada diri..apa aku buat selama ni kat mesir??..apa yg aku dapat sumbangkan utk masyarakat di Malaysia??..

jadi utk menyusun langkah semula..sama2 kita kuasai betul2 bahasa arab kita..banyakkan bergaul,bersembang dgn org arab..baca buku2 arab..pi kuliah2..kelas agama..kerana itulah sumber atau kunci kepada banyak lagi ilmu dan fikrah di Mesir ni..supaya pulang nnt kita membawa sesuatu utk masyarakat..

wassalam..

Thursday, December 23, 2010

Musim Exam Kembali




assalamualaikum w.b.t.

insyaAllah dalam beberapa minggu lagi..mahasiswa Al-azhar dan juga perubatan di mesir ini akan menghadapi musim peperiksaan atau imtihan..ada yang bermula seawal 1 Januari dan ada juga hujung bulan Januari..saya insyaAllah akan mula imtihan pada 9 januari dengan subjek pertama ialah subjek Tahrij(ilmu yang mengajar kaedah untuk kita mencari sumber sesebuah hadis,dari kitab mana hadis ini diambil)..madah yang agak payah sebab nak kena hafal..:)

musim sejuk ini,malam panjang..maka memudahkan untuk study..jangan pula sampai tak bangun subuh..buat qiamullail kalau ada masa..

juga saya ingin mengucapkan selamat berimtihan untuk semua..ketaatan kepada Allah pemangkin kecemerlangan..ingat bahawa Ilmu itu lebih utama berbanding kelulusan akademik walaupun kedua-duanya adalah penting..

seperti sebelum ini...saya juga ingin berkongsi kata-kata FB yang saya kumpul..:)

1)Saya dilahirkan sbg seorang muslim dlm sebuah keluarga besar Muslim. Bangsa saya pula adalah Melayu. Skrg, saya sgt sedih bila melihat bangsa saya tidak berpegang dgn Islam. Saya betul2 ingin selamatkn mrk, dn mrk adlh org yg pling awal yg sya akn selamatkn. ada org tnya, kenapa sy utamakan mrk trlbih dhulu? jwpnnya ialah krn mrk adlh keluarga saya.

mintak pada Allah agar kita sentiasa dalam keredhaanNya....

2)nikmat musim sejuk(khusus di luar negara) :
+siang lebih pendek - mudah untuk berpuasa
+malam lebih panjang - boleh tidur awal untuk hidupkan malam dengan qiyamullail

tak perlu tunggu kempen2 untuk hidupkan ibadah..ibadah itu sendiri adalah kempen yang terbaik daripada Allah s.w.t dalam mendapatkan ganjaran dunia dan akhirat.jom tingka...tkan mutu ibadah ^_^

3)Tarbiyyah adlh uslub pling ideal dlm berinteraksi dgn fitrah
manusia. Mendidik manusia secara lgsung dgn kalimah-kalimah, dan
secara tdk lgsung dgn qudwah hasanah. Tarbiyyah prlu didasari
manhaj & wasilah yg khas, bgi mngubah manusia ke arah yg lebih
baik.[pesan Imam Hassan Al-Banna, jgnlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’.
...Semoga kita terus thabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini,
sehingga ke akhir medan.]

kenal diri baru boleh membesar!

4)Boleh jadi kita letih dan tertidur kerana Allah memelihara kita daripada melakukan maksiat..tapi jika selalu tidur pulak,peliks la...

5)Janganlah kamu berbicara seolah2 hanya amalan kamu diterima, amalan org lain tidak diterima

6)Ketahuilah, jikalau bukan kita yang berdiri... masih ada ramai lagi yang ingin berdiri...

7)Jiwa yang lama segera pergi, bersiaplah para pengganti.

8)Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga amal ibadah kita sepanjang tahun ini dimaqbulkan Allah s.w.t.
Kullu Amin Wa Antum Bi Khair.

9)To escape criticism—say nothing, do nothing, be nothing.

10)"Rumah tangga bukan macam pelabuhan tempat kausinggah-singgah selalu itu. Rumah tangga tempat kau menetap, tempat bertenang, tempat berfikir panjang dan tempat kau bertanggungjawab." A. Samad Said (Novel Salina)

11)cara untuk memperbaharui niat: Sentiasa nampak akhirat.Minta diampunkan dosa.Niatkan amalan menjadi

12)Ujian sebenar seorang pelajar yang hebat bukanlah ketika berhadapan dengan musim peperiksaan tetapi bagaimana berhadapan dengan musim percutian.

13)Sy cuma nk pesan dan ingatkan diri dn juga ikw2 yg lain, bila kita dilanda rasa frust, lemah jiwa, futur melangit, tk layak nk ikut dakwah dll. jgn sesekali pisahkan diri, jauhkan diri drpd ikw2 yg tlh lama kita kenali. krn mrk shj yg arif dan tahu nk motivate kita smula.

14)Knowledge is not like Pokemon. You can't collect them all.

wallahua'lam...

*nak pi main bola pagi-pagi berkabus ni..sejuk..:)



Friday, December 3, 2010

update




assalamualaikum w.b.t.

lama tak update blog ni..sekarang ni dah musim sejuk..tgh batuk2 demam pening kepala..tiba2 terasa ingin berkongsi sesuatu..just nak kongsi kat sini ade beberapa kata-kata yang saya kutip kat FB...(sape2 yg perasan ade kata2 dia,saya minta izin post kat sini ek) salah satu sudut positif kat FB..mungkin boleh buat projek jadikan sebuah buku kot lps ni..:).. mungkin ade betul dan ade salah..yg penting kita nilai dan yg baik jadikan bekalan..fikir2kan dan renung2kan..rehatkan minda..

1-Money, does not solve problems. Knowledge does.


2-Ia bukan lagi tentang peperangan idea. Tetapi tentang pelaksanaan idea.


3-sama ada menjadi hamba hawa, atau menjadi hamba Allah, tiada yang ketiga


4-Satu dosa akan diikuti dengan dosa yang lain. Putuskan rantai dosa ini dengan taubat. Astaghfirullah...


5-Kalau anda berada di 'zon selesa', ini bererti anda sedang berada di 'zon bahaya'


6-"This religion is about uniting people, not dividing people and we can only be united by accepting differences of opinion" - Sheikh Hamza Yusuf, RIS


7-Seorang suami menyebut " Inna lillah wa inna ilaihi roji'un". Lantas isterinya bertanya: 1. Adakah Khalifah telah meninggal dunia? 2. Adakah tentera muslimin kalah dalam peperangan? Si suami mengeleng. Apakah musibah yang lebih besar daripada kedua-dua ini? Jawab suami: Aku telah menerima 1000 dinar. Tiada musibah yang lebih besar dar...ipada keduniaan telah masuk ke rumah ini.
(Kisah Said bin 'Amir)


8-Bila sakit, barulah merasakan nikmatnya kesihatan....bila masa dah sempit, barulah rasa nikmatnya waktu lapang itu....tapi sayang apabila ia tidak digunakan dengan baik..


9-semalam itu kenangan, hari esok itu masa depan


10->> It's Good To be Good , But Better Be The Best <<>The Sacred Month
Safar>The month which is void
Rabi al awal>The first spring
Rabi al akhir >The second spring
Jumadil awal>The first month of dryness
...Jumadil akhir>The second month of dryness
Rajab>The revered month
Syaaban>The month of division
Ramadhan>The month of great heat
Syawal>The month of hunting
Dhul Qaddah>The month of rest
Dhul Hijjah>The month of pilgrimage

i luv Allah and His Mesengger



13-Jiwa yang benar utk agamanya ialah jiwa yg sentiasa memikirkan idea,plan,cara utk memenangkan agama ini. Ini antara beza kejayaan sahabat dgn kita. Jiwa mrk tinggi dan dahagakan kejayaan utk Deen ini.


14-Organisasi yang muflis; tiada agenda bahkan agendanya adalah mengkritik perjuangan orang lain tanpa menawarkan solusi mereka sendiri. Miskin.....

15-Jika mudah untuk memahamkan manusia hanya dengan penjelasan,nescaya al-quran turun seketul

wallahua'lam..

(exam lagi sebulan lebih je..sama2 persiapkan diri)

Wednesday, September 22, 2010

Coretan 2010/2011



assalamualaikum..

apa khabar semua..moga sihat2 selalu..sama2 kita perbanyakkan zikir kepada Allah..melazimi zikir pagi dan petang adalah patut menjadi kelaziman kita seorang muslim..kalau saya,saya baca zikir ma'thurat..

1)minggu ini Mansurah telah mula menerima kedatangan pelajar2 baru yang mengambil jurusan perubatan di sini.Makin bertambah la warga Malaysia di Mansurah ini.Semalam sempat bertemu beberapa pelajar baru ni..terkenang zaman mula2 datang dulu..byk benda nak tau..dgr cerita dari org lama..jadi semalam saya pulak la yg bercerita kepada mereka...moga permulaan pertemuan ini membawa kepada banyak lagi kisah2 menarik sepanjang sessi 2010/2011 ini..(diorang duduk kat banggunan sebelah je)..besar tanggungjawab kita sebagai org lama..tunjukkan qudwah yg baik kepada pelajar2 baru ni..jgn ajar benda bukan2..bimbing mereka..jgn suatu hari nanti kita dok salahkan mereka itu dan ini sedangkan puncanya adalah dari kita yg konon nya tak ada salah..asas dakwah kita cinta dan kasih sayang...:)

2)sessi kuliah 2010/2011 sudah pon bermula..di waktu pagi sudah kelihatan pelajar sekolah dan universiti keluar menuju ke tempat pengajian masing2..dan saya juga,tahun ni akan memulakan pengajian tahun 3 kuliah usuluddin,Syu'bah Hadis,Universiti Al-Azhar Mansurah..Azam baru,semangat baru..moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.." rasa lemah/putus asa setelah berusaha bersungguh2 adalah berpunca dari permulaan yang rosak" (ye ke camni kalau diterjemah?? ) sama2 kita perbaharui niat kita..

3)tahun ni ramai kawan2 yg datang Mesir ni..adik2 junior kat sekolah dulu..kawan sekelas pon ada yang datang sini..jagalah jati diri anda..apa yang baik kita ambil teladan..yang buruk kat mesir ni jadikan sempadan..xde dah mak ayah/muallim muallimah nak tengok2kan..sama2 la kita saling nasihat menasihati..Mesir ni bumi anbiya'..tapi jagan lupa Mesir juga bumi firaun..

wassalamualaikum..