Sunday, April 24, 2011

langkah semula




assalamualaikum

dah lama tak update blog..kadang2..selalu fikir untuk menulis sesuatu..tapi selalu hajat terhenti apabila memikirkan "perlu ke aku tulis pasal ni?","ada manfaat ke aku tulis ni?","apa faedahnye citer kat sini?","benda remeh macam ni pon nak citer"..

dan disebabkan sebab2 itulah blog ini sudah lama tidak diupdate..(padahal malas nak update..byk je isu sekarang ni..lagi2 duduk kat mesir ni..bukan ke baru je revolusi..isu penguat kuasaan pengharaman hijab kat perancis..apatah lagi isu2 hangat kat Malaysia..pilihan raya sarawak nya..isu bible..video..dan macam2 lagi la)

untuk makluman..mesir tgh cuti hari ni..cuti sham el nasem(ye ke?betul kot)..x pasti cuti ape tu? kalau tak silap perayaan orang2 koptik kat sini..kejap lagi nak pi main futsal..

satu benda la nak kongsi..saya ni dah dekat 3 tahun duduk mesir..tapi bahasa arab masih tak fasih2..baru2 ni balik malaysia sebab evakuasi time revolusi..asyik tertanya2 pada diri..apa aku buat selama ni kat mesir??..apa yg aku dapat sumbangkan utk masyarakat di Malaysia??..

jadi utk menyusun langkah semula..sama2 kita kuasai betul2 bahasa arab kita..banyakkan bergaul,bersembang dgn org arab..baca buku2 arab..pi kuliah2..kelas agama..kerana itulah sumber atau kunci kepada banyak lagi ilmu dan fikrah di Mesir ni..supaya pulang nnt kita membawa sesuatu utk masyarakat..

wassalam..

2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

ya! bahasa arab

Anonymous said...

“dalam kesakitan teruji kesabaran..

dalam perjuangan teruji keimanan..
dalam ukhwah teruji keikhlasan..
dalam tawaqal teruji ketaqwaan..
dalam kerinduan teruji kesetiaan..
dan ” hargailah bila bersahabat,
maafkanlah bila terluka..
fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka,
tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..
itulah kehebatan ukhwafillah..
Bittaufiq Wannajah...