Thursday, December 23, 2010

Musim Exam Kembali




assalamualaikum w.b.t.

insyaAllah dalam beberapa minggu lagi..mahasiswa Al-azhar dan juga perubatan di mesir ini akan menghadapi musim peperiksaan atau imtihan..ada yang bermula seawal 1 Januari dan ada juga hujung bulan Januari..saya insyaAllah akan mula imtihan pada 9 januari dengan subjek pertama ialah subjek Tahrij(ilmu yang mengajar kaedah untuk kita mencari sumber sesebuah hadis,dari kitab mana hadis ini diambil)..madah yang agak payah sebab nak kena hafal..:)

musim sejuk ini,malam panjang..maka memudahkan untuk study..jangan pula sampai tak bangun subuh..buat qiamullail kalau ada masa..

juga saya ingin mengucapkan selamat berimtihan untuk semua..ketaatan kepada Allah pemangkin kecemerlangan..ingat bahawa Ilmu itu lebih utama berbanding kelulusan akademik walaupun kedua-duanya adalah penting..

seperti sebelum ini...saya juga ingin berkongsi kata-kata FB yang saya kumpul..:)

1)Saya dilahirkan sbg seorang muslim dlm sebuah keluarga besar Muslim. Bangsa saya pula adalah Melayu. Skrg, saya sgt sedih bila melihat bangsa saya tidak berpegang dgn Islam. Saya betul2 ingin selamatkn mrk, dn mrk adlh org yg pling awal yg sya akn selamatkn. ada org tnya, kenapa sy utamakan mrk trlbih dhulu? jwpnnya ialah krn mrk adlh keluarga saya.

mintak pada Allah agar kita sentiasa dalam keredhaanNya....

2)nikmat musim sejuk(khusus di luar negara) :
+siang lebih pendek - mudah untuk berpuasa
+malam lebih panjang - boleh tidur awal untuk hidupkan malam dengan qiyamullail

tak perlu tunggu kempen2 untuk hidupkan ibadah..ibadah itu sendiri adalah kempen yang terbaik daripada Allah s.w.t dalam mendapatkan ganjaran dunia dan akhirat.jom tingka...tkan mutu ibadah ^_^

3)Tarbiyyah adlh uslub pling ideal dlm berinteraksi dgn fitrah
manusia. Mendidik manusia secara lgsung dgn kalimah-kalimah, dan
secara tdk lgsung dgn qudwah hasanah. Tarbiyyah prlu didasari
manhaj & wasilah yg khas, bgi mngubah manusia ke arah yg lebih
baik.[pesan Imam Hassan Al-Banna, jgnlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’.
...Semoga kita terus thabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini,
sehingga ke akhir medan.]

kenal diri baru boleh membesar!

4)Boleh jadi kita letih dan tertidur kerana Allah memelihara kita daripada melakukan maksiat..tapi jika selalu tidur pulak,peliks la...

5)Janganlah kamu berbicara seolah2 hanya amalan kamu diterima, amalan org lain tidak diterima

6)Ketahuilah, jikalau bukan kita yang berdiri... masih ada ramai lagi yang ingin berdiri...

7)Jiwa yang lama segera pergi, bersiaplah para pengganti.

8)Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga amal ibadah kita sepanjang tahun ini dimaqbulkan Allah s.w.t.
Kullu Amin Wa Antum Bi Khair.

9)To escape criticism—say nothing, do nothing, be nothing.

10)"Rumah tangga bukan macam pelabuhan tempat kausinggah-singgah selalu itu. Rumah tangga tempat kau menetap, tempat bertenang, tempat berfikir panjang dan tempat kau bertanggungjawab." A. Samad Said (Novel Salina)

11)cara untuk memperbaharui niat: Sentiasa nampak akhirat.Minta diampunkan dosa.Niatkan amalan menjadi

12)Ujian sebenar seorang pelajar yang hebat bukanlah ketika berhadapan dengan musim peperiksaan tetapi bagaimana berhadapan dengan musim percutian.

13)Sy cuma nk pesan dan ingatkan diri dn juga ikw2 yg lain, bila kita dilanda rasa frust, lemah jiwa, futur melangit, tk layak nk ikut dakwah dll. jgn sesekali pisahkan diri, jauhkan diri drpd ikw2 yg tlh lama kita kenali. krn mrk shj yg arif dan tahu nk motivate kita smula.

14)Knowledge is not like Pokemon. You can't collect them all.

wallahua'lam...

*nak pi main bola pagi-pagi berkabus ni..sejuk..:)



1 comment:

Thaaqhib Mohammed said...

huhu..minat yg a.samad said.

dan minat yg pokemon