Thursday, December 23, 2010
Musim Exam Kembali
assalamualaikum w.b.t.
insyaAllah dalam beberapa minggu lagi..mahasiswa Al-azhar dan juga perubatan di mesir ini akan menghadapi musim peperiksaan atau imtihan..ada yang bermula seawal 1 Januari dan ada juga hujung bulan Januari..saya insyaAllah akan mula imtihan pada 9 januari dengan subjek pertama ialah subjek Tahrij(ilmu yang mengajar kaedah untuk kita mencari sumber sesebuah hadis,dari kitab mana hadis ini diambil)..madah yang agak payah sebab nak kena hafal..:)
musim sejuk ini,malam panjang..maka memudahkan untuk study..jangan pula sampai tak bangun subuh..buat qiamullail kalau ada masa..
juga saya ingin mengucapkan selamat berimtihan untuk semua..ketaatan kepada Allah pemangkin kecemerlangan..ingat bahawa Ilmu itu lebih utama berbanding kelulusan akademik walaupun kedua-duanya adalah penting..
seperti sebelum ini...saya juga ingin berkongsi kata-kata FB yang saya kumpul..:)
1)Saya dilahirkan sbg seorang muslim dlm sebuah keluarga besar Muslim. Bangsa saya pula adalah Melayu. Skrg, saya sgt sedih bila melihat bangsa saya tidak berpegang dgn Islam. Saya betul2 ingin selamatkn mrk, dn mrk adlh org yg pling awal yg sya akn selamatkn. ada org tnya, kenapa sy utamakan mrk trlbih dhulu? jwpnnya ialah krn mrk adlh keluarga saya.
mintak pada Allah agar kita sentiasa dalam keredhaanNya....
2)nikmat musim sejuk(khusus di luar negara) :
+siang lebih pendek - mudah untuk berpuasa
+malam lebih panjang - boleh tidur awal untuk hidupkan malam dengan qiyamullail
tak perlu tunggu kempen2 untuk hidupkan ibadah..ibadah itu sendiri adalah kempen yang terbaik daripada Allah s.w.t dalam mendapatkan ganjaran dunia dan akhirat.jom tingka...tkan mutu ibadah ^_^
3)Tarbiyyah adlh uslub pling ideal dlm berinteraksi dgn fitrah
manusia. Mendidik manusia secara lgsung dgn kalimah-kalimah, dan
secara tdk lgsung dgn qudwah hasanah. Tarbiyyah prlu didasari
manhaj & wasilah yg khas, bgi mngubah manusia ke arah yg lebih
baik.[pesan Imam Hassan Al-Banna, jgnlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’.
...Semoga kita terus thabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini,
sehingga ke akhir medan.]
kenal diri baru boleh membesar!
4)Boleh jadi kita letih dan tertidur kerana Allah memelihara kita daripada melakukan maksiat..tapi jika selalu tidur pulak,peliks la...
5)Janganlah kamu berbicara seolah2 hanya amalan kamu diterima, amalan org lain tidak diterima
6)Ketahuilah, jikalau bukan kita yang berdiri... masih ada ramai lagi yang ingin berdiri...
7)Jiwa yang lama segera pergi, bersiaplah para pengganti.
8)Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga amal ibadah kita sepanjang tahun ini dimaqbulkan Allah s.w.t.
Kullu Amin Wa Antum Bi Khair.
9)To escape criticism—say nothing, do nothing, be nothing.
10)"Rumah tangga bukan macam pelabuhan tempat kausinggah-singgah selalu itu. Rumah tangga tempat kau menetap, tempat bertenang, tempat berfikir panjang dan tempat kau bertanggungjawab." A. Samad Said (Novel Salina)
11)cara untuk memperbaharui niat: Sentiasa nampak akhirat.Minta diampunkan dosa.Niatkan amalan menjadi
12)Ujian sebenar seorang pelajar yang hebat bukanlah ketika berhadapan dengan musim peperiksaan tetapi bagaimana berhadapan dengan musim percutian.
13)Sy cuma nk pesan dan ingatkan diri dn juga ikw2 yg lain, bila kita dilanda rasa frust, lemah jiwa, futur melangit, tk layak nk ikut dakwah dll. jgn sesekali pisahkan diri, jauhkan diri drpd ikw2 yg tlh lama kita kenali. krn mrk shj yg arif dan tahu nk motivate kita smula.
14)Knowledge is not like Pokemon. You can't collect them all.
wallahua'lam...
*nak pi main bola pagi-pagi berkabus ni..sejuk..:)
Friday, December 3, 2010
update
assalamualaikum w.b.t.
lama tak update blog ni..sekarang ni dah musim sejuk..tgh batuk2 demam pening kepala..tiba2 terasa ingin berkongsi sesuatu..just nak kongsi kat sini ade beberapa kata-kata yang saya kutip kat FB...(sape2 yg perasan ade kata2 dia,saya minta izin post kat sini ek) salah satu sudut positif kat FB..mungkin boleh buat projek jadikan sebuah buku kot lps ni..:).. mungkin ade betul dan ade salah..yg penting kita nilai dan yg baik jadikan bekalan..fikir2kan dan renung2kan..rehatkan minda..
1-Money, does not solve problems. Knowledge does.
2-Ia bukan lagi tentang peperangan idea. Tetapi tentang pelaksanaan idea.
3-sama ada menjadi hamba hawa, atau menjadi hamba Allah, tiada yang ketiga
4-Satu dosa akan diikuti dengan dosa yang lain. Putuskan rantai dosa ini dengan taubat. Astaghfirullah...
5-Kalau anda berada di 'zon selesa', ini bererti anda sedang berada di 'zon bahaya'
6-"This religion is about uniting people, not dividing people and we can only be united by accepting differences of opinion" - Sheikh Hamza Yusuf, RIS
7-Seorang suami menyebut " Inna lillah wa inna ilaihi roji'un". Lantas isterinya bertanya: 1. Adakah Khalifah telah meninggal dunia? 2. Adakah tentera muslimin kalah dalam peperangan? Si suami mengeleng. Apakah musibah yang lebih besar daripada kedua-dua ini? Jawab suami: Aku telah menerima 1000 dinar. Tiada musibah yang lebih besar dar...ipada keduniaan telah masuk ke rumah ini.
(Kisah Said bin 'Amir)
8-Bila sakit, barulah merasakan nikmatnya kesihatan....bila masa dah sempit, barulah rasa nikmatnya waktu lapang itu....tapi sayang apabila ia tidak digunakan dengan baik..
9-semalam itu kenangan, hari esok itu masa depan
10->> It's Good To be Good , But Better Be The Best <<>The Sacred Month
Safar>The month which is void
Rabi al awal>The first spring
Rabi al akhir >The second spring
Jumadil awal>The first month of dryness
...Jumadil akhir>The second month of dryness
Rajab>The revered month
Syaaban>The month of division
Ramadhan>The month of great heat
Syawal>The month of hunting
Dhul Qaddah>The month of rest
Dhul Hijjah>The month of pilgrimage
i luv Allah and His Mesengger
13-Jiwa yang benar utk agamanya ialah jiwa yg sentiasa memikirkan idea,plan,cara utk memenangkan agama ini. Ini antara beza kejayaan sahabat dgn kita. Jiwa mrk tinggi dan dahagakan kejayaan utk Deen ini.
14-Organisasi yang muflis; tiada agenda bahkan agendanya adalah mengkritik perjuangan orang lain tanpa menawarkan solusi mereka sendiri. Miskin.....
15-Jika mudah untuk memahamkan manusia hanya dengan penjelasan,nescaya al-quran turun seketul
wallahua'lam..
(exam lagi sebulan lebih je..sama2 persiapkan diri)
Wednesday, September 22, 2010
Coretan 2010/2011
assalamualaikum..
apa khabar semua..moga sihat2 selalu..sama2 kita perbanyakkan zikir kepada Allah..melazimi zikir pagi dan petang adalah patut menjadi kelaziman kita seorang muslim..kalau saya,saya baca zikir ma'thurat..
1)minggu ini Mansurah telah mula menerima kedatangan pelajar2 baru yang mengambil jurusan perubatan di sini.Makin bertambah la warga Malaysia di Mansurah ini.Semalam sempat bertemu beberapa pelajar baru ni..terkenang zaman mula2 datang dulu..byk benda nak tau..dgr cerita dari org lama..jadi semalam saya pulak la yg bercerita kepada mereka...moga permulaan pertemuan ini membawa kepada banyak lagi kisah2 menarik sepanjang sessi 2010/2011 ini..(diorang duduk kat banggunan sebelah je)..besar tanggungjawab kita sebagai org lama..tunjukkan qudwah yg baik kepada pelajar2 baru ni..jgn ajar benda bukan2..bimbing mereka..jgn suatu hari nanti kita dok salahkan mereka itu dan ini sedangkan puncanya adalah dari kita yg konon nya tak ada salah..asas dakwah kita cinta dan kasih sayang...:)
2)sessi kuliah 2010/2011 sudah pon bermula..di waktu pagi sudah kelihatan pelajar sekolah dan universiti keluar menuju ke tempat pengajian masing2..dan saya juga,tahun ni akan memulakan pengajian tahun 3 kuliah usuluddin,Syu'bah Hadis,Universiti Al-Azhar Mansurah..Azam baru,semangat baru..moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.." rasa lemah/putus asa setelah berusaha bersungguh2 adalah berpunca dari permulaan yang rosak" (ye ke camni kalau diterjemah?? ) sama2 kita perbaharui niat kita..
3)tahun ni ramai kawan2 yg datang Mesir ni..adik2 junior kat sekolah dulu..kawan sekelas pon ada yang datang sini..jagalah jati diri anda..apa yang baik kita ambil teladan..yang buruk kat mesir ni jadikan sempadan..xde dah mak ayah/muallim muallimah nak tengok2kan..sama2 la kita saling nasihat menasihati..Mesir ni bumi anbiya'..tapi jagan lupa Mesir juga bumi firaun..
wassalamualaikum..
Thursday, September 9, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
assalamualaikum w.b.t..
1)alhamdulillah..dipanjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala limpah dan kurnianya..dapat diri ini melalui sekali lagi bulan ramadhan yg mulia ini..sat lagi nak berbuka buat kali terakhir utk tahun ini..moga dapat bertemu lagi di ramadhan yg akan datang..
2)persoalannya..mampukah diri ini istiqomah dgn amalan2 seperti membca quran,qiam,sedekah, amalan2 yg lain selepas berlalunya bulan ramadhan...kata orang..antara tanda2 amalan kita diterima dan taubat kita diterima ialah kita mudah utk melakukan amalan2 kebaikan ni..taqabbalallahu minna wa minkum..
3)salam aidilfitri diucapkan kepada keluarga yg dirindui di Malaysia..kullu am wa antum bilkhair..kali ni masuk kali ke 4 tak dapat raya bersama..moga sentisa dalam peliharan dan rahmat Allah hendaknya..juga kepada guru2..para murabbi..sahabat2 yg mengenali diri ini..moga amalan kita di bulan ramadhan diterimaAllah...mohon ampun dan maaf atas segala salah silap selama ini..moga hati kita suci dar dendam dan sengketa antara kita..
4)tahun ni beraya di kampung..setelah 2 kali beraya di bandar..kampung mana??..kampung TANTA la..:)..diorang semua sekarang tgh gotong royong masak utk jamuan esok..(tetamu rehat2 je..tolong tengok sikit2)..nak letak gambar..kamera x de nak amik gambar..nnt la pinjam kamera kawan..boleh tunjuk kat family suasana beraya di sini..
ok la..sat lagi nak berbuka..nak pi siap2..rebut pahala berganda sebelum habis masanya..
wassalam..
Tuesday, August 24, 2010
Sembang2 Ramadhan
bismillah..
assalamualaikum w.b.t.
lama dah tak update..banyak jugak perkara yang terasa ingin dikongsi bersama..tapi disebabkan masalah internet yang agak lama membantutkan rancangan tersebut..
-hari ini sudah masuk fasa ke-2 dalam bulan ramadhan..fasa keampunan..hari yang ke 15..(bulan purnama cantik)..sejauh mana pencapaian kita setakat ini??? perlu muhasabah..tingkatkan prestasi..bagi sesiapa yg rasanya dah 'down'..lemah..futur..jgn putus asa..masih ade hari berbaki untuk merebut tempat di kalangan org yg Allah bebaskan dari api neraka pada setiap hari..juga masih ade Lailatul Qadr yg Allah janjikan..bangkitlah..moga diampun dosa-dosa kita yg lalu..
-dua hari lagi,iaitu pada 17 ramadhan..merupakan ulangtahun bagi peristiwa yg sangat besar dalam sejarah ummat Islam.Peristiwa perang Badar yg berlaku pada 2 hijrah.Ini antara bukti bahawa bulan Ramadhan bukan lah bulan untuk bermalas-malasan,berehat2..tapi bulan kesungguhan..bulan jihad..(lagi2 yg puasa time musim panas kat Mesir ni..kena la sabar ye..)
Uji Minda:-
1) berapakah bilangan tentera berkuda Islam ketika perang Badar.
2)Nama orang utusan yg dihantar Abu Sufian untuk meminta bantuan Quraisy di Mekah.
3)Siapakah salah seorang di kalangan 4 khulafa' ar-rasyidin yg berada di Madinah ketika perang Badar.
4)Sebutkan salah seorang sahabat yang telah membunuh anaknya sendiri ketika perang Badar.
-kalau x tahu jawapan dia..maknanya banyak lagi la yg nak kena baca..study pon ibadah tau..kalau dalam bulan ramadhan ni..lagi berlipat ganda la pahala study..
wassalam..
*alhamdulillah saya dapat lepas dlm exam baru-baru ni..walau pon result cukup2 makan je..tapi alhamdulillah dapat naik ke tahun 3..syukran juga diucapkan kepada semua yg mendoakan diri ini..
Monday, July 19, 2010
cuba lagi..
Friday, June 25, 2010
lepas exam..CUTI
disaat entri ini ditulis..ada sebahagian kita yg telah pun selesai examnya..dan ada juga yg masih perlu meneruskan perjuangan mereka..saya tergolong dari golongan yg pertama..kepada yg masih exam..didoakan agar dapat meneruskan perjuangan anda dgn penuh semangat dan bersungguh-sungguh..dan kepada yg telah selesai..didoakan agar tenang dan yakin..usaha,doa,tawakkal...moga kita semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat..
dan akhir nya semua akan selesai juga..maka akan hadir selepas itu adalah satu tempoh yg sepatutnya lebih menguji dari exam itu sendiri.."CUTI"..bagi pelajar2 seperti saya..tempoh cuti yg menjelma ini cukup dinanti2kan..setelah berpenat lelah..bertungkus lumus dalam study(kalau betul study la)..akhirnya ada juga masa utk rileks2..lepak2..jalan2..maka..di situlah apa yg saya maksudkan lebih menguji berbanding exam itu sendiri..sejauh mana akan kita isi masa2 cuti kita..(3 bulan tu)..
ada org dah plan awal2 nak balik malaysia..dah kumpul duit dari awal tahun..(dgr citer ade yg ikat perut nk jimat..saving duit nak balik)..yg berduit lebih sikit tu..pi jalan2 ke eropah..turki..yg lagi baik..ada yg pi umrah..dan tinggal la saya kat mesir ni..(org x de duit la katekan)..
apa pun persoalannya..3 bulan masa cuti cukup lama..banyak perkara yg perlu dirancang..masa2 itu perlu diisi dgn perkara2 bermanfaat..jika tidak..maka yg sebaliknya akan terisi..nnt akan terdengarlah kata2 seperti..''aik..sekejapnya nak habis cuti..x sempat buat apa" atau "bosan cuti ni..x tau nak buat apa"..itulah perlunya PERANCANGAN..atau org putih kata planning..org arab kataالتخطيط (yeke) ..
antara perkara yg boleh saya cadangkan:
1)mantapkan bacaan quran/hafalan..cari guru2 yg bagus..mengulang bagi yg dah hafal..
2)ikuti kelas2 pengajian..samada ilmu agama atau kelas2 kemahiran seperti khat,multimedia,photojournalisme..dll(dgr citer kawan2 kat tanta sudah mula ikuti kelas pengajian agama dan khat)
3)mantapkan bahasa selain bahasa melayu..seperti bahasa arab dan bahasa inggeris..kalau boleh cari mana2 markaz bahasa..
4)jalan2 keliling mesir..ziarah kawan2..pi rumah kawan arab..belajar budaya mereka..ambil pengajaran..mesir ni byk tempat2 sejarah..bumi anbiya'..
5)pergi PMPI 2010..mandi laut..main pasir..pancing ikan..
6)cari mana2 buku ilmiah/fikrah (selain buku kuliah)..target habiskan time cuti ni..kuasai dan dapat sampaikan pada org lain..
dan macam2 lagi yg boleh dirancang dan dilakukan time cuti ni..jgn bazirkan masa anda..nanti kata "bosan dok mesir..xde ape nak buat"..dah kerje nya ngadap komputer hari-hari..terperap dalam rumah..mmg la..selamat bercuti kepada semua..bitaufiq wannajah fil imtihan..jgn lupa doakan saya mendapat result yg baik dan cemerlang..dapat naik ke tahun 3 sesi 2010/2011 insyaAllah..

tahun 2 usuluddin mansurah
p/s: sekarang dah rejab..lepas tu sya'ban..lepas tu ramadhan..sekejap je kan..ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan lah kami ke bulan Ramadhan
Wednesday, April 21, 2010
no topic
assalamualaikum..
-lama tak update..kenapa?? sebab masih dalam tempoh mengumpul semula kekuatan...ialah..iman kita ni,kadang-kadang kat atas...kadang-kadang kat bawah...selamat ade teman2 yg membantu..ye lah..kita ni yg jauh dari family..kawan2 la tolong tgk2 kan...(malas sebenarnya)...(malas tu kan x bagus)..(oh..betul3x)
-sekarang ni byk buku nak kena baca..utk bagi semangat..wahyu Allah yg pertama turun IQRA'...apa nak jadi kalau ummat yg diturunkan ayat IQRA' tapi tidak IQRA'....أمة الاقراء لا تقرأ
memang bila kita ni malas membaca..byk yg kita tak tau..bila nak mula membaca..cepat je rasa malas..so,kena la slow2..ingat kata2 tadi...(letih gak nak baca buku tebal2 ni..bahasa arab lak tu)
-semalam baru beli saburoh (whiteboard) kecil..proses utk menyusun kehidupan..boleh la tulis2 kat situ..tulis reminder ke..tugasan ke..note2 ke..sebelum ni saya mmg seorang yg tak tersusun..keje ikut mood..tak salah utk kita berubah..mula dari sekarang...tersusun dalam hidup merupakan ciri2 seorang muslim...
-mama & abah n family semua(ramai sgt nak sebut sorang2)..moga berbahagia selalu..harapan setiap insan utk memiliki keluarga yg bahagia..sama2 melayari bahtera ke syurga..doakan haidar n husna kat mesir ni..bulan depan kitorang final exam..moga ilmu yg diperolehi membawa berkat..(sori lama x call..)

Monday, March 29, 2010
izzuddin masuk hospital
assalamualaikum..
jumaat lepas..seorang kawan saya muhammad izzuddin selamat telah mendapat kecederaan ketika bermain bola..
kecederaan yang dia alami agak serius sehingga memerlukan kepada pembedahan di mana terdapat sedikit keretakan pada buku lali dan terkehel pada bahagian sendi kaki kanannya(dislocation of anterior subtalar joint) bak kata azrul azly..kawan saya yg belajar medik kat mansurah ni.
menurut beliau(izzuddin),doktor yang merawat beliau berkata bahwa kes ini kes yg jarang berlaku.kaki terkehel ke dalam.saya pon x faham sangat.
sepatutnya pembedahan dijalankan hari ini..tapi memandangkan keadaan kaki dia yg masih bengkak,pembedahan terpaksa ditangguhkan samada esok atau lusa..
saya sempat menziarahi dia petang tadi..di mana dia tetap ceria seperti biasa..cuma kaki sakit la..dia suruh doakan utk dia..
kepada yg ingin menziarahi izzudin..beliau kini di mustasyfa tawari' ..wktu lawatan pkl 2-4 di tingkat 6 bilik 601..tiket masuk hospital LE 3 kot..(first time jumpa hospital kena bayar nak masuk..kalau lawa x pe la..tapi..hehe)..
syafakallah ya akhi..
Wednesday, March 24, 2010
IKLAN:Kelas Fiqh
Siri SATU
Tentu anda ingin tahu.
1. anda diharuskan menjamakkan solat kerana sibuk atau hujan
2. berapakah jarak perjalanan yang diharuskan untuk menjamakkan solat anda?
Kelas Fiqh Luar Negara, merupakan satu usaha dalam menyediakan alternatif
mudah dan panduan ringkas dalam bermusafir. Terutama untuk komuniti
pelajar yang bermastautin di luar negara. Pembentangan menfokuskan mazhab
syafie, dengan mengambil kira pendapat mazhab-mazhab lain. Pihak kami menyediakan
nota sebagai rujukan ringkas. Bentuk penyampaian yang mudah, dan ringan diharap
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh hadirin.
Jumpa disana!
http://ismamesir.com/mansurah/
Sunday, March 14, 2010
Moga bahagia hingga ke syurga..
assalamualaikum...
alhamdulillah..tanggal 14 mac 2010..abang saya Haarith Mahmud yang merupakan anak ke-4 telah selamat melangsungkan perkahwinannya dgn Nazrah Abdul Aziz dgn sekali lafaz..barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair(bace mcm maher zain nasyid)
moga bahagia hingga ke syurga..
Thursday, March 11, 2010
doa kami buat mama dan abah..
Mama, Abah...Moga Bahagia hingga ke Syurga
Mama dan Abah kebanggaan kami,
10 permata yang masih perlu digilap untuk mengeluarkan cahayanya..
Mama dan Abah kesayangan kami,
10 hati yang belum puas bermanja..
Ya Allah, ampunilah Mama dan Abah, berkatilah amal usaha mereka,
kasihilah mereka sepertimana kami dikasihi..
Mama dan Abah..Moga bahagia hingga ke syurga..
(diambil dari blog hafsa mahmud)
Friday, February 26, 2010
POST ke-100
assalamualaikum..
sedar tak sedar..dah seratus post dah..tak tau la nak citer apa..cuma berharap blog ini dapat menjadi mengajaran dan boleh diambil manfaat darinya..walau pun x de lah sehebat blog2 org lain..yg byk kongsi ilmu2 mantap..info2 mantap..cerita2 mantap..hal2 yg besar2..
yg saya cerita mungkin benda yg remeh2 saje..mungkin hanya berkongsi pengalaman hidup saya yg tidak lah menarik mana pun..tapi cukup lah jika ia membolehkan saya berkongsi sesuatu..memberi ruang utk saya mencoretkan sesuatu dan anda semua dapat mengambil sesuatu walaupun sedikit..
sama2 kita mencari redha Allah..insyaAllah saya akan berusaha memperbaiki diri ini agar penulisan2 ini tidak terisi dgn benda2 yg sia2..menjadikan blog ini bertambah baik insyaAllah..maaf jika selama menulis di sini ada melakukan kesalahan dan kesilapan..
utk post yg ke-100 ni..mungkin saya ingin berkongsi satu gambar..yg saya rasa seronok tgk gambar ni..saya pun tak tahu kenapa..tapi saya suka gambar ni...

Sunday, February 21, 2010
di February
assalamualaikum dan salam sejahtera..
baru sahaja pulang dari tanta..dan kini berada di mansurah..di luar hujan renyai2..membawa petanda musim sejuk akan berakhir..sekarang pun sudah tidak pakai baju sejuk lagi kerana cuaca agak panas...
banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini..cuma tidak berkesempatan utk ditulis dan dikongsi di sini..alhamdulillah hari ini diberi kelapangan utk mengupdate..
1) Pesta buku kaherah 2010..dgr org kata ia merupakan kedua terbesar di dunia..x tau la..yg penting mmg besar..lagi besar dari yg kat malaysia..Saya sempat pergi dengan menyewa van dari mansurah..kawan2 ramai yg membeli kitab2 yg besar2 dan tebal2 berjilid2..saya hanya membeli beberapa kitab kecil dan buku2 bergambar..azam baru..didik diri utk membaca..mula perlahan2..menjadi ummat yg membaca..
2) 8 februari lalu saya menerima berita penangkapan pensyarah saya yg mengajar subjek Syubhat Hawla Sunnah..Dr. AbdurRahman al-Bar..sudah sunnah org berjuang..tazkirah utk diri yg sentiasa senang lenang..
3) Perkahwinan serentak 2 sahabat lama..kenal sejak di bangku sekolah lagi..kedua2 pasangan mempelai selamat diijab kabulkan pada 15 februari 2010..di masjid salam,hayyu asyir,kaherah..barakallahulakum wabarakaalaikum wajama'a bainakum fil khair..moga terus istiqomah dan selamat membina generasi harapan..
4) EKSIS..alhamdulillah selamat pergi dan pulang..pengalaman yg begitu berharga..melihat tanda2 kebesaran Allah..berkongsi pengalaman bersama teman2 dari seluruh mesir..dan sorang madinah..peristiwa2 sepanjang ekspidisi cukup banyak memberi pengajaran dan pengalaman..peristiwa menolak bas bersama2 merupakan pengalaman paling manis dan berharga..moga ukhuwwah berkekalan..
jom sama2 berusaha utk bermanfaat kepada org lain..sepertimana seorang budak yg berhadapan dgn raja yg zalim dalam kisah ashabul ukhdud..sanggup berkorban nyawa kerana rasa kasih dan cintanya kepada kaumnya...kerana faham tuntutan agamanya....
wassalam..
Tuesday, February 2, 2010
sanah helwa ya gamil
Thursday, January 14, 2010
exam is just around the corner
assalamualaikum semua..
baru lepas study ulum quran..lusa nak exam dah..pening jugak..bukan sebab ape..tulisan dia susah nak baca..putus2..hilang2..titik xde..ade yg mmg hilang terus..tapi alhamdulillah dapat jugak habiskan..cuma ade la beberapa bab yg kurang faham..nak kena tanya izzuddin ni..tapi takut ganggu dia pulak..kalau dulu boleh je nak tanye2..sebab sebilik..sekarang pon rumah dah lain2..(din..ana x berapa faham bab qiraat dgn tunasibul ayat wa sur)(harap dia bukak la blog ni..kalau ade nota bitau ana..nak copy)
di sini juga ingin mengambil kesempatan kalau2 ade salah silap dgn sesiapa..terutama mama abah..guru2..adik beradik n rakan2...saya nak mintak maaf byk2..moga antara kita terhapus dosa2..membersih jiwa..berkat usia..nak belajar pon senang..hati dah bersih dari dosa..
islam menuntut untuk kita cemerlang dalam apa jua yg kita lakukan..moga sama2 kita berusaha perbaiki diri kita.. (الواجبات اكثر من أوقات)
wassalam
gambar terbaru dan pertama saya yg berumur 23 tahun
Monday, January 11, 2010
Saturday, January 2, 2010
updating
assalamualaikum..
sejak tahun lepas..lame x update blog..tahun ni baru dapat nak update..baru je ade internet..xde ape nak cerita pon..tu yg x update...tapi paksa juga utk update..so ini je la..
1) isu sensitiviti ummat islam terhadap maruah agama..sama2 kita perihatin..
2) selamat berimtihan kepada semua kawan2..saya mula 17/1 habis 3/2...6 paper..doakan..
3) ex-ahli bait nak berumah tangga bulan 2 nanti..tahniah..akad di masjid salam,kaherah....(muhammad b. ali)
4) dah 2 minggu lebih duduk di persekitaran baru..masih dalam orientasi..
"kalau lah ilmu itu diperolehi dgn hanya berangan2..pasti tiada org yg jahil di dunia ini"
Subscribe to:
Posts (Atom)