Wednesday, July 6, 2011

Pilihan



assalamualaikum..

sekarang di mesir jam 10.25 pagi..baru lepas study kitab syubhat hawla sunnah..di luar bunyi bising dari mesin pembancuh simen mula kedengaran..kerja-kerja pembinaan di tingkat atas rumah ni sekali sekala mengganggu ketenangan study di pagi hari..
mesin bancuh simen

simen dibawa ke tingkat atas

berbaki tiga paper lagi..ketiga-tiganya subjek yang agak sukar kerana banyak berkaitan fakta, istilah-istilah dan sejarah..doakan moga dapat menjawab dengan terbaik..

jadual exam

paper tasawwuf semalam agak menarik kerana first time jumpa kertas soalan yang memberi pilihan untuk menjawab 2 soalan dari 3 soalan yang diberikan..bertambah menarik lagi apabila dari tiga soalan itu..memang ada satu soalan yang sukar untuk dijawab kerana perlukan kepada syarahan yang panjang..(dalam bahasa arab)..sudah tentu soalan itu lah yg tidak dijawab..



ya..hidup kita juga banyak berkaitan dengan pilihan..sepanjang kehidupan kita di dunia ini..kita akan berhadapan dgn pelbagai pilihan..dan pilihan itu di tangan kita..

sebagai contoh..anda disuruh oleh ibu bapa untuk mengambil jurusan mengikut kehendak mereka..sedangkan anda ada pilihan lain..tapi akhirnya anda memilih untuk mengikut kehendak ibu bapa anda...akhirnya ianya tetap pilihan diri anda..''pilihan tetap di tangan kita''..

begitu juga kehidupan kita ini..kadang-kadang,dengan mudah sekali kita menunding jari kepada orang lain di atas pilihan yang kita sendiri memilihnya..kata-kata seperti ''sebab kau lah aku jadi camni".."bukan aku yang nak..mak ayah aku yang suruh"..

apa yang penting ialah muhasabah diri..kerana pada setiap perkara pasti ada hikmahnya..masih ada waktu untuk kita pilih hala tuju hidup kita..akhirnya nanti..hanya ada dua pilihan sahaja..syurga atau neraka..dan pilihan di tangan kita...

wassalamualaikum..

(muhasabah diri ini..aku memilih untuk belajar di Mesir..gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk membina diri ini..ramai orang yang tidak dapat peluang yang sama..dan ramai juga yang mendapat peluang yang sama tapi disia-siakan begitu sahaja)

3 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

pernah, masa kami
soalan pilihan terakhir yang paling susah. Ramai tak jawab, dan ramai tak lepas subjek tu.
tapi, lupa subjek apa.

Mungkin bukan pilihan soalan, tapi 'berapa markah maksimum yg kita nak'

. . .

Pilihan di tangan kita, tapi..susah jugak nak buat pilihan kan..hehe

haidar said...

susah tu..

lagi susah bila tak tau nilai soalan tu..:)

zulhakimi said...

apapun yg kita buat sape pun yg kita ikut itu adlah pilihan kita walaupun sape pun yang mempengaruhi.hmm..
syukran akhi haidar ana teringat hikayat org yg telah ditentukan Allah utk masuk ke neraka akan menyalahkan orang lain atas apa yg terjadi pada dirinya sbg cth dlm surah ahzab 33:67-68

"dan mereka berkata " ya tuhan kami sesunggguhnyan kami telah mentaati para pemimpin kami dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan ( yang benar). Ya tuhan kamu timpakanlah mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yg besar."

sedangkan apa yg mereka buat walaupun orang lain suruh adalah pilihan mereka sendiri. dan mereka bertanggungjawab atas apa yg mereka pilih. jzkk haidar ana tersedar dgn entry ni.