Saturday, May 30, 2009

cerita spy versi aku

hari ni saya nak bercerita..kita lupakan sementara exam..buku..pen abis dakwat...pembaris patah..muqarrar...pening kepala..dan lain2 lagi..

siapa nak dengar silakan..x nak..boleh la pi blog lain..byk kat tepi tu..

mgkin cerita ni ramai dah dgr..tp mgkin juga nisbah yg ramai tu x sampai pon 1% dari org2 yg lawat blog saya ni..ceritanya begini..

kisahnya pasal raja kafir hantar spy kat negara islam..spy tu pon ronda2 dlm negara islam ni..last2 dia jumpa sorang remaja ni..dia tgk remaja ni tgh nangis..dia tanye la..nape nangis???

"saya sedih kerana saya kalah dalam pertandingan memanah utk pemilihan tentera yg akan pergi berjuang" jawab remaja itu sambil teresak-esak..

spy itu dapat satu kesimpulan..dia pon melaporkan kepada raja..

"wahai rajaku,pada hemat saya..kita tidak boleh melawan negara islam pada waktu ini..saya telah melihat remaja islam sangat kuat pegangan mereka..semangat jihad mereka...bla..bla..bla......" spy itu menjelaskan satu persatu laporannya...

jadi,perancangan utk menyerang negara islam pun ditangguhkan..

setelah berlalu beberapa purnama..sekali lagi raja menghantar spy dia ke negara islam..

spy tu pon ronda2 la sekitar bandar..last2 jumpa jugak sorang remaja ni tgh duduk menangis teresak2..dia pon tanye...

"awat hang nangis ni?" tanye spy tu
"saya sedih kerana kekasih saya telah meninggalkan saya.saya sangat cintakan dia.."remaja itu meneruskan tangisannya..

spy itu begitu gembira mendengar jawapan itu..lalu dia terus melaporkan kepada raja..

"wahai raja ku,sekarang adalah masa paling sesuai utk kita menyerang negara islam..pemuda mereka sibuk melayan cinta..lalai dan leka..bla...bla..bla.." spy itu melaporkan penuh semangat..

(pastu apa jadi??..)

raja pon hantarlah tentera kat negara islam..berlaku lah satu pertempuran sengit..namun sangkaaan raja utk mendapat kemenangan mudah ternyata meleset...ternyata kekuatan tentera islam tidak terlawan oleh mereka..akhirnya mereka tewas dan melarikan diri dan berundur..

raja pon panggil spy datang mengadap
"apa kes ni?? kamu kata kita boleh menang.Tapi sebaliknya yg berlaku.Kalah teruk pulak tu.."kata raja

"Saya pon hairan jugak..jika mengikut prinsipnya..kita mmg akan menang..kerana persenjataan kita lebih hebat..org islam hanya akan menang jika iman mereka kuat.." jawab spy tu..

(persoalannya?? camne islam tetap boleh menang??)

rupa2 nya spy tu x abis check...kekasih yg dimaksudkan oleh pemuda itu adalah Rasulullah s.a.w..kekasih agung bagi ummat islam..begitu rindunya dia terhadap kekasihnya sampai menitiskan air mata..pernahkah kita??


itulah kisahnya..harap boleh buat pengajaran sendiri..

(kisah ini telah diubah suai dari kisah asal dgn sesuka hati oleh saya..diilhamkan oleh izzsalamah)

**baru abis paper milal nihal...dah2..x yah pikir...dah lepas...

3 comments:

muhammad_alfateh said...

Waduh,,, ubahsuai rupanya!

Ana pernah baca kisah ni. Tengah baca post, ana cuak sebab takut salah; ana pernah sampaikan pd org.

Rupanya, HAIDAR MENGLIPUR LARA..!

Syamil Esa said...

salam.

mabruk haidar. basah.

salam dari tanta.

FabulouswithAs said...

oh modified ke..da pk td cam pelik lain mcm jek cite nih..