assalamualaikum..
td saya bukak email..terdapat email mengenai perihal sekolah lama saya(sekolah menengah islam hira')...naluri manusia..sayangkan tempat yg byk berjasa dalam hidupnya...begitu juga saya..dalam email tersebut..berlaku perbincangan alumni2..utk membantu menyumbangkan apa2 yg boleh utk adik2 di hira'..alhamdulillah..kita dpt lihat keperihatinan dari produk2 yg lahir samada dari hira' batu belah atau hira' jeram..tahniah saya ucapkan atas usaha dan keprihatinan antum semua..tidak dinafikan bahawa jiwa2 yg merasai tarbiyah di hira' sememangnya pasti memikirkan akan survival tarbiyah di hira'..adakah akan ada pewaris?..pelapis?..dari kalangan generasi2 akan dtg..adik2 yg sedang menuntut di hira'...tidak lupa juga buat semua alumni hira'..tidak bermakna kita juga telah tamat dari tarbiyah setelah tamatnya pengajian kita di hira'...sama2lah kita memahami prinsip dan perjuangan yg di bawa oleh generasi mak2 dan ayah2 kita yg telah bersusah payah menubuhkan sekolah ini..bg memastikan generasi yg mewarisi amanah para anbiya' terus lahir di dunia ini..sama2lah kita berdoa agar hira' terus mantap dalam menyumbangkan dan menghasilkan produk2 yg mampu memberi faedah pada islam..ketahuilah bahawa hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian...teruskan perjuangan ..takbir..Allahuakbar
haidar b. mahmud
usuluddin,universiti al-azhar mansurah
Syari' Madrob
Mansurah,Daqahliyah,Mesir
SRI HIRA' 94-99
SMI HIRA' 00-06(batch 10&12)
MAAHAD HIRA' 03-04(batch10)
'Ilmu diamal iman ditingkat'
'Hira' memimpin'
juga di sini ingin saya kongsikan puisi hasil nukilan sahabat yg juga merupakan rakan sekelas saya ketika di sekolah rendah islam hira' ,batu belah...
Puisi Gua di Kuala
Asalnya kita tidaklah ternama
berindukkan teratak tersorok
hanya kalau sekali pun membina nama
yang tahu hanya kau, aku dan dia
Terperuk risau tak kemana
itu menggugah naluri sarjana
langkah diorak walau tempang kakinya
tangan mencapai walau jauh gapainya
Bukan tidak berbangga
cuma kadang terkecewa,
semacam hina tetap di gua hampir kuala
Pun di sudut kalbu saga
Imankan ia mutiara jagat mayapada
terapung-apung, gayanya kampung
tak disedari rupanya lahir karya agung
yang induknya kampung itu lah!
terapung-apung, gayanya kampung
entah dari dunia mana dia muncul
gegar juga khabar di luar kampung
terapung-apung, gayanya kampung
rama2 indah nian menawan terulung
hadiah keringat berasak kepompong
terapung, bukannya terapung
cuma dugaan sebuah medium
orientasi interlude generasi penyambung
Risalah Rasul Muhammad disanjung
Supaya bila makin tinggi gah
tak lupa asalnya tanah rendah
Supaya bila langit mendung tak cerah
sudah biasa makan nasi mentah
terus tawadhuk tunduk tabah
Gua di Kuala kini heboh dilanda bah
Mara bencana beliung dan taufan
Dilanggar arus perdana yang gagah
Risau-risau dindingnya keberantakan
Tak usah gusar
Gua fiziknya tegar
Taufan di Kuala sifatnya segar
Izin Tuhan ia terus tegar
Walau apa jua yang sergah melanggar
Gua di Kuala,
doakan aman senantiasa
apa yang berlindung di dalamnya
biar apa pun jinsi dan warna
tetap semua sah dan layak
bergelar generasi pewaris anbiya'
Thaaqhib mohammed
Bawabah Tsaniah, Cairo
7thMaahad, 10thGen 11thGen
www.myrespons.blogspot.com
No comments:
Post a Comment