Friday, June 25, 2010

lepas exam..CUTI


disaat entri ini ditulis..ada sebahagian kita yg telah pun selesai examnya..dan ada juga yg masih perlu meneruskan perjuangan mereka..saya tergolong dari golongan yg pertama..kepada yg masih exam..didoakan agar dapat meneruskan perjuangan anda dgn penuh semangat dan bersungguh-sungguh..dan kepada yg telah selesai..didoakan agar tenang dan yakin..usaha,doa,tawakkal...moga kita semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat..

dan akhir nya semua akan selesai juga..maka akan hadir selepas itu adalah satu tempoh yg sepatutnya lebih menguji dari exam itu sendiri.."CUTI"..bagi pelajar2 seperti saya..tempoh cuti yg menjelma ini cukup dinanti2kan..setelah berpenat lelah..bertungkus lumus dalam study(kalau betul study la)..akhirnya ada juga masa utk rileks2..lepak2..jalan2..maka..di situlah apa yg saya maksudkan lebih menguji berbanding exam itu sendiri..sejauh mana akan kita isi masa2 cuti kita..(3 bulan tu)..

ada org dah plan awal2 nak balik malaysia..dah kumpul duit dari awal tahun..(dgr citer ade yg ikat perut nk jimat..saving duit nak balik)..yg berduit lebih sikit tu..pi jalan2 ke eropah..turki..yg lagi baik..ada yg pi umrah..dan tinggal la saya kat mesir ni..(org x de duit la katekan)..

apa pun persoalannya..3 bulan masa cuti cukup lama..banyak perkara yg perlu dirancang..masa2 itu perlu diisi dgn perkara2 bermanfaat..jika tidak..maka yg sebaliknya akan terisi..nnt akan terdengarlah kata2 seperti..''aik..sekejapnya nak habis cuti..x sempat buat apa" atau "bosan cuti ni..x tau nak buat apa"..itulah perlunya PERANCANGAN..atau org putih kata planning..org arab kataالتخطيط (yeke) ..

antara perkara yg boleh saya cadangkan:

1)mantapkan bacaan quran/hafalan..cari guru2 yg bagus..mengulang bagi yg dah hafal..

2
)ikuti kelas2 pengajian..samada ilmu agama atau kelas2 kemahiran seperti khat,multimedia,photojournalisme..dll(dgr citer kawan2 kat tanta sudah mula ikuti kelas pengajian agama dan khat)

3
)mantapkan bahasa selain bahasa melayu..seperti bahasa arab dan bahasa inggeris..kalau boleh cari mana2 markaz bahasa..

4
)jalan2 keliling mesir..ziarah kawan2..pi rumah kawan arab..belajar budaya mereka..ambil pengajaran..mesir ni byk tempat2 sejarah..bumi anbiya'..

5
)pergi PMPI 2010..mandi laut..main pasir..pancing ikan..

6
)cari mana2 buku ilmiah/fikrah (selain buku kuliah)..target habiskan time cuti ni..kuasai dan dapat sampaikan pada org lain..


dan macam2 lagi yg boleh dirancang dan dilakukan time cuti ni..jgn bazirkan masa anda..nanti kata "bosan dok mesir..xde ape nak buat"..dah kerje nya ngadap komputer hari-hari..terperap dalam rumah..mmg la..selamat bercuti kepada semua..bitaufiq wannajah fil imtihan..jgn lupa doakan saya mendapat result yg baik dan cemerlang..dapat naik ke tahun 3 sesi 2010/2011 insyaAllah..





Univ.al-azhar kuliah usuluddin

dua merpati yg selalu menemani studyku

fokus


kesian ust izzuddin kita ni..

struggle


tahun 2 usuluddin mansurah

p/s: sekarang dah rejab..lepas tu sya'ban..lepas tu ramadhan..sekejap je kan..ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan lah kami ke bulan Ramadhan

Wednesday, April 21, 2010

no topic

tak tau nak tulis apa lagi..gatal tgn nak conteng

assalamualaikum..

-lama tak update..kenapa?? sebab masih dalam tempoh mengumpul semula kekuatan...ialah..iman kita ni,kadang-kadang kat atas...kadang-kadang kat bawah...selamat ade teman2 yg membantu..ye lah..kita ni yg jauh dari family..kawan2 la tolong tgk2 kan...(malas sebenarnya)...(malas tu kan x bagus)..(oh..betul3x)

-sekarang ni byk buku nak kena baca..utk bagi semangat..wahyu Allah yg pertama turun IQRA'...apa nak jadi kalau ummat yg diturunkan ayat IQRA' tapi tidak IQRA'....أمة الاقراء لا تقرأ
memang bila kita ni malas membaca..byk yg kita tak tau..bila nak mula membaca..cepat je rasa malas..so,kena la slow2..ingat kata2 tadi...(letih gak nak baca buku tebal2 ni..bahasa arab lak tu)

-semalam baru beli saburoh (whiteboard) kecil..proses utk menyusun kehidupan..boleh la tulis2 kat situ..tulis reminder ke..tugasan ke..note2 ke..sebelum ni saya mmg seorang yg tak tersusun..keje ikut mood..tak salah utk kita berubah..mula dari sekarang...tersusun dalam hidup merupakan ciri2 seorang muslim...

-mama & abah n family semua(ramai sgt nak sebut sorang2)..moga berbahagia selalu..harapan setiap insan utk memiliki keluarga yg bahagia..sama2 melayari bahtera ke syurga..doakan haidar n husna kat mesir ni..bulan depan kitorang final exam..moga ilmu yg diperolehi membawa berkat..(sori lama x call..)

gambar terbaru haidar(still same je kot)




-tu je kot..wassalam..

Monday, March 29, 2010

izzuddin masuk hospital





assalamualaikum..

jumaat lepas..seorang kawan saya muhammad izzuddin selamat telah mendapat kecederaan ketika bermain bola..

kecederaan yang dia alami agak serius sehingga memerlukan kepada pembedahan di mana terdapat sedikit keretakan pada buku lali dan terkehel pada bahagian sendi kaki kanannya(dislocation of anterior subtalar joint) bak kata azrul azly..kawan saya yg belajar medik kat mansurah ni.

menurut beliau(izzuddin),doktor yang merawat beliau berkata bahwa kes ini kes yg jarang berlaku.kaki terkehel ke dalam.saya pon x faham sangat.

sepatutnya pembedahan dijalankan hari ini..tapi memandangkan keadaan kaki dia yg masih bengkak,pembedahan terpaksa ditangguhkan samada esok atau lusa..

saya sempat menziarahi dia petang tadi..di mana dia tetap ceria seperti biasa..cuma kaki sakit la..dia suruh doakan utk dia..

kepada yg ingin menziarahi izzudin..beliau kini di mustasyfa tawari' ..wktu lawatan pkl 2-4 di tingkat 6 bilik 601..tiket masuk hospital LE 3 kot..(first time jumpa hospital kena bayar nak masuk..kalau lawa x pe la..tapi..hehe)..

syafakallah ya akhi..

Wednesday, March 24, 2010

IKLAN:Kelas Fiqh

Image and video hosting by TinyPic


Siri SATU

Tentu anda ingin tahu.
1. anda diharuskan menjamakkan solat kerana sibuk atau hujan
2. berapakah jarak perjalanan yang diharuskan untuk menjamakkan solat anda?

Kelas Fiqh Luar Negara, merupakan satu usaha dalam menyediakan alternatif
mudah dan panduan ringkas dalam bermusafir. Terutama untuk komuniti
pelajar yang bermastautin di luar negara. Pembentangan menfokuskan mazhab
syafie, dengan mengambil kira pendapat mazhab-mazhab lain. Pihak kami menyediakan
nota sebagai rujukan ringkas. Bentuk penyampaian yang mudah, dan ringan diharap
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh hadirin.

Jumpa disana!

Image and video hosting by TinyPic

http://ismamesir.com/mansurah/

Sunday, March 14, 2010

Moga bahagia hingga ke syurga..


assalamualaikum...

alhamdulillah..tanggal 14 mac 2010..abang saya Haarith Mahmud yang merupakan anak ke-4 telah selamat melangsungkan perkahwinannya dgn Nazrah Abdul Aziz dgn sekali lafaz..barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair(bace mcm maher zain nasyid)

moga bahagia hingga ke syurga..