Monday, March 29, 2010

izzuddin masuk hospital





assalamualaikum..

jumaat lepas..seorang kawan saya muhammad izzuddin selamat telah mendapat kecederaan ketika bermain bola..

kecederaan yang dia alami agak serius sehingga memerlukan kepada pembedahan di mana terdapat sedikit keretakan pada buku lali dan terkehel pada bahagian sendi kaki kanannya(dislocation of anterior subtalar joint) bak kata azrul azly..kawan saya yg belajar medik kat mansurah ni.

menurut beliau(izzuddin),doktor yang merawat beliau berkata bahwa kes ini kes yg jarang berlaku.kaki terkehel ke dalam.saya pon x faham sangat.

sepatutnya pembedahan dijalankan hari ini..tapi memandangkan keadaan kaki dia yg masih bengkak,pembedahan terpaksa ditangguhkan samada esok atau lusa..

saya sempat menziarahi dia petang tadi..di mana dia tetap ceria seperti biasa..cuma kaki sakit la..dia suruh doakan utk dia..

kepada yg ingin menziarahi izzudin..beliau kini di mustasyfa tawari' ..wktu lawatan pkl 2-4 di tingkat 6 bilik 601..tiket masuk hospital LE 3 kot..(first time jumpa hospital kena bayar nak masuk..kalau lawa x pe la..tapi..hehe)..

syafakallah ya akhi..

Wednesday, March 24, 2010

IKLAN:Kelas Fiqh

Image and video hosting by TinyPic


Siri SATU

Tentu anda ingin tahu.
1. anda diharuskan menjamakkan solat kerana sibuk atau hujan
2. berapakah jarak perjalanan yang diharuskan untuk menjamakkan solat anda?

Kelas Fiqh Luar Negara, merupakan satu usaha dalam menyediakan alternatif
mudah dan panduan ringkas dalam bermusafir. Terutama untuk komuniti
pelajar yang bermastautin di luar negara. Pembentangan menfokuskan mazhab
syafie, dengan mengambil kira pendapat mazhab-mazhab lain. Pihak kami menyediakan
nota sebagai rujukan ringkas. Bentuk penyampaian yang mudah, dan ringan diharap
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh hadirin.

Jumpa disana!

Image and video hosting by TinyPic

http://ismamesir.com/mansurah/

Sunday, March 14, 2010

Moga bahagia hingga ke syurga..


assalamualaikum...

alhamdulillah..tanggal 14 mac 2010..abang saya Haarith Mahmud yang merupakan anak ke-4 telah selamat melangsungkan perkahwinannya dgn Nazrah Abdul Aziz dgn sekali lafaz..barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair(bace mcm maher zain nasyid)

moga bahagia hingga ke syurga..

Thursday, March 11, 2010

doa kami buat mama dan abah..


Mama, Abah...Moga Bahagia hingga ke Syurga

10 Mac 1978..32 tahun lepas Mama dan Abah disatukan, bersaksikan sahabat-sahabat perjuangan, dengan restu keluarga...jauh di bumi asing. Satu demi satu langkah diatur membina keluarga, berpandukan AdDeen walau sukar, walau penat. 32 tahun..langkah masih diatur, lebih tenang tapi masih deras..Moga Allah kurniakan Mama dan Abah kekuatan berjuang sepertimana 32 tahun dahulu..


Mama dan Abah kebanggaan kami,
10 permata yang masih perlu digilap untuk mengeluarkan cahayanya..
Mama dan Abah kesayangan kami,
10 hati yang belum puas bermanja..

Ya Allah, ampunilah Mama dan Abah, berkatilah amal usaha mereka,
kasihilah mereka sepertimana kami dikasihi..

Mama dan Abah..Moga bahagia hingga ke syurga..

(diambil dari blog hafsa mahmud)

Friday, February 26, 2010

POST ke-100



assalamualaikum..

sedar tak sedar..dah seratus post dah..tak tau la nak citer apa..cuma berharap blog ini dapat menjadi mengajaran dan boleh diambil manfaat darinya..walau pun x de lah sehebat blog2 org lain..yg byk kongsi ilmu2 mantap..info2 mantap..cerita2 mantap..hal2 yg besar2..

yg saya cerita mungkin benda yg remeh2 saje..mungkin hanya berkongsi pengalaman hidup saya yg tidak lah menarik mana pun..tapi cukup lah jika ia membolehkan saya berkongsi sesuatu..memberi ruang utk saya mencoretkan sesuatu dan anda semua dapat mengambil sesuatu walaupun sedikit..

sama2 kita mencari redha Allah..insyaAllah saya akan berusaha memperbaiki diri ini agar penulisan2 ini tidak terisi dgn benda2 yg sia2..menjadikan blog ini bertambah baik insyaAllah..maaf jika selama menulis di sini ada melakukan kesalahan dan kesilapan..

utk post yg ke-100 ni..mungkin saya ingin berkongsi satu gambar..yg saya rasa seronok tgk gambar ni..saya pun tak tahu kenapa..tapi saya suka gambar ni...