Sunday, December 16, 2007

Baru..Sedang..Sentiasa


..ade org bile perkenalkan diri dia cakap..

''saya ahmad,saya baru abis belajar..''

atau..

''saya abu,saya sedang belajar.."

aku rasa kalo aku..aku nak cakap..

"saya haidar,saya sentiasa belajar.."

hehe..

ilmu itu tidak dibatasi dgn pintu..atau dinding..tidak juga oleh papan putih dan meja serta kerusi..ape tah lagi sempadan waktu cuti yg dicipta sendiri..

semakin hari semakin dekat

aku takut sgt kat dia..makin aku lari makin makin dekat dgn dia..aku takut sgt..macam mane aku nnt..aku takut aku sedih..menangis..menyesal..hati aku berdebar2 bila teringatkan dia..sape dpt tolong aku nnt..kawan2?all my friends?..bolehkah?..aku takut x sempat..aku takut sgt2..aku minta maaf kat kalian..minta halal ape2 yg patut..di kesempatan sebelum aku bertemu MATI!!

budak stam


Salam..saya budak stam..taun ni pd 7 hari bulan 11 akhirnya saya telah menamatkan zaman persekolahan saya yg sejarahnya bermula sejak dari taun 1994..satu tempoh yg lama..14 tahun..lame tuh..sepatut nya sudah boleh menjadi seorang ulama besar..yeke..tapi kenape..rasenye tiada pencapaian atau sumbangan yg besar telah dibuat dgn ilmu2 itu..kenape? Teringat pepatah arab time sekolah dulu..al ilmu bila amalin kassyajar bila samarin"..maksudnye..ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah...same2 kita renungkan...tapi kalo mcm pokok buluh ke..?

Friday, December 7, 2007

ilal liqo' 2


satu lagi persinggahan dalam hidupku untuk menuntut ilmu..mari kita hayati...

Al-hidayah tempat menimba ilmu,
membentuk peribadi yang sejati,
ilmu iman ihsan diganding sekali,
amal menjadi bukti 2x,

berakhlak mulia itulah asasi,
membentuk kehidupan diri sendiri,
masyarakat dan negara diislahi,
berpandukan hidayah ilahi 2x,

bagai cahaya terang yang menyinar,
menyuluh jalan kehidupan,
memberikan satu pengharapan,
ummat yg dalam kelesuan,

maju teruslah hidayah maju,
demi generasimu yang baru,
usaha tanpa kenal pada jemu,
bekerja berganding bahu 2x,

bagai cahaya terang yang menyinar,
menyuluh jalan kehidupan,
memberikan satu pengharapan,
ummat yg dalam kelesuan,

Al-hidayah tempat menimba ilmu,
membentuk peribadi yang sejati,
ilmu iman ihsan diganding sekali,
amal menjadi bukti 2x,

...same2 la kite renungi dan hayati lirik lagu sekolah hidayah ni..moga kita mendapat hidayah dan kesedaran dlm diri...terutama kepada pelajar2 hidayah...aku pelajar hidayah..Allahuakbar!!
jgn marah budak2 hira'..hehe

Wednesday, December 20, 2006

ilal liqo'

teringin untuk menyanyikan lagu sekolah buat kali terakhir..

Allah8x
lailahaillallah2x

di tengah-tengah suasana kelam
di sebalik gelapnya malam
kami bangkit membawa sinaran
untuk generasi masa hadapan

kami adalah generasi hira'
kami pewaris perjuangan
kerana kami generasi hira'
kami teraju kepimpinan

ilmu dunia juga akhirat
semuanya di utamakan
buat bekalan hari kemudian
membuktikan kemampuan

kerana kami generasi hira'
mengabdikan seluruh kehidupan
kepada Allah kepada islam
dan pengislahan diri dan masyarakat

kami adalah generasi hira'
kami pewaris perjuangan
kami adalah generasi hira'
kami teraju kepimpinan

kami menjunjung amanah Allah
berasaskan quran dan sunnah
kami amalkan cara hidup islam
di dalam kehidupan kami

kerana kami generasi hira'
mengabdikan seluruh kehidupan
kepada Allah kepada islam
dan pengislahan diri dan masyarakat

kami adalah generasi hira'
kami pewaris perjuangan
kami adalah generasi hira'
kami teraju kepimpinan2x

Allah8x
lailahaillallah2x

..semoga kita bersama menjiwainya..