Thursday, October 29, 2009

hujan air batu..

assalamualaikum...

lama juga tidak mengupdate blog..maklumlah.. kuliah bagi sessi 09/10 sudah bermula..kali ni just nak cerita pengalaman pertama merasai hujan batu..kat mesir ni..masa tu dah petang..dekat2 waktu maghrib..terkejut juga tibe2 ade air batu terpelanting2 kat tingkap..cepat2 la keluar..terus tangkap gambar..subhanallah..



meja pon jadi..


dgn org lain pulak :)

ketulan2 ais

sejuk..

besar ni pon ade..

masuk ikut balkoni

itulah antara kuasa Allah s.wt yang Maha Hebat..awan yg ringan tu boleh jadi ais..ade jugak nampak burung merpati terbang kat awan..xde pulak kena kepala dia ke...subhanallah..

Wednesday, October 14, 2009

saya cinta..

apa itu cinta...

cinta..melahirkan rasa kasih dan sayang..

Andai dia di kalangan yang ramai..tumpuan tetap pada dia..

Bila dia ada bersama..terasa bahagia..

Bila berpisah dari dia..hati rasa gelisah..

Saban hari tertunggu2 panggilan atau sms dari si dia..

Andai tiada..akan dibelek2 warkah cinta lama..

Bila dia berkata2..kita berminat mendengarnya, walau tidak menarik isinya..

Bila pandangan beralihnya pada yang lain..rasa cemburu meresap jiwa..

Sanggup berkorban apa saja..atas nama cinta..kerana dia..

Berusaha memenuhi permintaannya..dan meninggalkan larangannya..

itulah cinta sesama manusia...


Bagaimana pula cinta kita kepada Allah??
muhasabah cinta.....al-baqarah:165...al-maidah:54..




my 3rd nephew..

Monday, October 12, 2009

Rumahku..rumahku jua

assalamualaikum..

seperti yg dijanjikan..saya nak upload beberapa gambar rumah baru..utk tatapan family di malaysia..dan juga kawan2 kat mesir...nanti boleh la jemput datang ziarah...

bilik tidur..org bujang

ruang tamu

dapur..pakai gas paip..

'halaman rumah'..boleh main bola

tangga rumah..tingkat atas sekali

tetamu dari thailand..terharu dgr citer perjalanan diorang ke mesir..

ni gambar jarum dicucuk di tangan saya..jiran rumah(ust.tarmizi) boleh wat akupuntur


ha..ni bas nak pi kaherah...


alhamdulillah..setelah sekian lama mencari..inilah rumahnya yg ditakdirkan utk kami duduki..menjadi kediaman bagi 4 org pelajar usuluddin..mudah2an dapat meningkatkan azam dan semangat kami pada sesi baru ini...rumah pun dekat dgn masjid..dekat dgn pasar..dekat dgn jalan utama..dekat dgn bank..dekat dgn stesen bas..dan dekat dengan kedai ais krim..hehe..tapi x dekat sgt dgn kuliah..kuliah banat dekat la..


wallahua'lam..mudah2an...kita dapat sama2 menghidupkan suasana rumah kita menjadi 'biah yg solehah'...tarbiah itu bermula dari rumah..


..nama rumah kami darul himmah..

Wednesday, October 7, 2009

Berita Panas..

di copy paste dari blog: http://schml.blogspot.com


p/s : Kepada sesiapa yang nak menempah/membeli buku Langkah Bermula a.k.a Al-Muntalaq - tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (terjemahan kepada BM), sila hubungi saya di talian +6019-6369232. (terbuka kepada semua yang berada di Malaysia mahupun di Mesir).

Kalau di Malaysia, sila datang ke rumah, atau kita boleh jumpa mana-mana di KL/Selangor. Nak post pon boleh juga (tapi bayaran post kira lain). Kalau di Mesir ana akan beri bila tiba di Mesir nanti insyaAllah.

Harga Malaysia : RM15 (harga asal RM20)
Harga Mesir : 25LE

- susah nak cari di kedai-kedai buku hatta kedai buku fikrah pun (sebab ini terbitan sendiri)
- kalau beli banyak (lebih dari 3), harga boleh bincang
- kalau ada ralat/rosak boleh tukar baru dengan syarat tiada conteng/tulisan tangan tambahan
- kalau di Mesir, tempahan amat terhad sebab saya pun nak bawa barang-barang sendiri juga. First come first serve basis.

*kempen sikit ; Buku Al-Muntalaq ini merupakan complete kit bagi daie-daie yang baru mula nak memahami fiqh dakwah atau kefahaman dakwah dengan lebih mendalam dan lebih yakin. Sangat sesuai dengan isu-isu semasa dan juga isu-isu yang sedang terhangat di pasaran waktu ini.

*
sila sebarkan hebahan jualan buku ini kepada orang ramai, besar pahala entum kalau orang lain pun dapat beli dan baca serta fahami buku tersebut. jzkk.

Monday, October 5, 2009

Hujan...

assalamualaikum...

baru beberapa minit yang lalu..selepas pulang dari masjid...subuh hari ini menyaksikan bumi mansurah disirami hujan..setelah sekian lama..tanah yang kering berdebu..kembali segar...udara yang nyaman ...sungguh damai..


begitulah harapan kepada sekalian insan...moga hati kita yang kering ini..disirami hidayah Allah..agar ia sentiasa basah dgn zikir mengingati Allah..


bergambar dalam hujan..di sutuh(bumbung) depan rumah


suruh mama bawah angkat kain jemuran..hujan dah turun


hari ni cuti di Mesir...sempena 6 Oktober mesir mengalahkan israel dalam peperangan pada 10 ramadhan..

Saturday, October 3, 2009

saya gembira...

assalamualaikum...

alhamdulillah..akhir nya..saya telah pun mendapat rumah baru..malam ni malam keempat saya bermalam di rumah baru..ok jugak la rumah ni..cuma tingkat atas sekali la..jenuh jugak nak turun naik tangga..tp ok la..dpt riadah free..hehe...

kawasan rumah baru saya ni kat dirasat..dekat sikit dgn suq(pasar)..senang la nanti nak beli brg2 dapur nanti...cuma belum sempat beli belah brg dapur sebab dapur pun x kemas lagi..nak sental minyak2 melekat kat dinding..nak beli rak..nak cuci kipas dapur..tahun ni saya jadi ketua chef kat rumah..siap la ahli bait..

kuliah pon nak start dah..kali ni dah x jalan kaki kot nak pi kuliah..sebab agak jauh berbanding rumah lama dulu..sini pun dekat je dgn jalan besar...amik tremco..bayar 25 sen...sampai la azhar tu...atau mungkin naik basikal je ke..moga dipermudah urusan pembelajaran untuk kuliah tahun dua usuluddin nanti insyaAllah..

kepada kawan2 semua..teruskan usaha mengutip mutiara2 berharga di bumi mesir ini..buat bekalan kehidupan kita..jgn putus asa..moga ukhuwwah yg terjalin akan kekal selamanya..kerana Allah taala...

kepada mama,abah n family doa kan kejayaan haidar di sini..rindu kat semua..moga dapat bertemu suatu hari nanti...

wassalam..


di ruang tamu bersama tetamu ke 2&3...selepas anas norkefli


...gambar rumah baru akan diupload dlm masa terdekat...jika berkesempatan la..