Tuesday, October 9, 2018
Monday, February 29, 2016
Saturday, November 15, 2014
Thursday, August 1, 2013
Cabaran Certot - Kerana satu huruf
Sudah hampir 15 minit Suhaib membelek-belek naskhah al-quran di
hadapannya. Mulutnya masih terkatup rapat. Sesekali dia menyeka peluh yang
menitis di dahinya walaupun suasana di surau itu tidaklah begitu panas. Suhaib
melihat budak lelaki di sebelah kanannya. Bacaan budak itu sungguh lancar dan
merdu seperti bacaan yang selalu dia tonton di kaca televisyen. Mendengar
sahaja bacaan budak itu, terus badannya pula menggeletar. Suhaib menoleh ke
belakang. Dia meninjau-ninjau ke luar surau cuba mencari kelibat ibunya. Dia
mengeluh lemah. Kepalanya tunduk memandang naskhah quran yang terletak rapi di
atas meja di hadapannya itu.
Suhaib
teringat kejadian pagi tadi antara dia dan ibunya….
Kedengaran suara Mak Piah menjerit “Suhaib...di mana kamu. Jangan hendak menyorok lagi. Penat ibu mencari kamu”.
Suhaib yang sedari tadi bersembunyi di sebalik bangsal buruk di belakang rumahnya itu hanya mendiamkan diri. Dia mengintai kelibat ibunya dari kejauhan. Sedang asyik dia melihat pergerakan ibunya itu, Mak Piah pun menoleh ke arahnya. Terbeliak mata Suhaib lalu segera menyembunyikan kepalanya.

Hati
Suhaib berbisik “ Agaknya mak nampak atau tidak aku di sini”.
Suhaib
menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan. Dia memejamkan matanya
sambil merapatkan dan menggenggam kedua tangannya bersama.
Sedang Suhaib memejamkan matanya itu, tiba-tiba terjungkit bahu
Suhaib apabila disergah olehibunya. Tempat persembunyiannya akhirnya telah
diketahui. Wajah ibunya kini terpampang di hadapannya. Jelas kelihatan
tanda-tanda keletihan di wajah ibunya. Namun tiada sekelumit tanda marah pada riak
wajah ibunya itu.
Dengan
nada lembut dan memujuk, Mak Piah berkata “ Di sini Suhaib rupanya. Penat ibu
mencari. Mari ikut ibu pulang.”
Melihat
wajah ibunya, Suhaib bangun lalu merapati
ibunya. Sambil memegang tangan ibunya, Suhaib berkata, “ Maafkan Suhaib ibu.
Suhaib tidak berniat hendak menyusahkan ibu. Suhaib cuma takut. Nanti semua
orang ejek Suhaib.”
Mak Piah lalu menundukkan dirinya. Dia memegang bahu anaknya itu.
“Suhaib… di dunia ini, ibu sudah tiada orang lain lagi selain Suhaib. Suhaib adalah satu-satunya anugerah Allah yang paling berharga buat ibu. Ibu bukanlah orang yang pandai . Membaca pun ibu tidak reti. Ini sahaja yang termampu untuk ibu lakukan.”

Lamunan Suhaib terganggu apabila namanya di panggil. Matanya
bertembung dengan mata Ustaz Faiz. Dadanya semakin berombak kencang.
Lambat-lambat dia bangun dari duduknya. Kakinya menggigil ketika melangkah
mendekati Ustaz Faiz.
“Assalamualaikum. Kamu Suhaib bukan? Silakan duduk. Jangan malu-malu.”
“Assalamualaikum. Kamu Suhaib bukan? Silakan duduk. Jangan malu-malu.”
Suhaib duduk bersila di hadapan Ustaz Faiz. Kepalanya tertunduk.
Tangannya meramas-ramas ibu jari kakinya. Ustaz Faiz merenung gelagat Suhaib
sambil tersenyum. Lalu Ustaz Faiz pun berkata, “ Kamu takut ? Kamu jangan risau
Suhaib. Ibu kamu sudah menceritakan segalanya pada ustaz. Angkat kepala kamu.
Ustaz hendak melihat wajah Suhaib yang kacak itu. Sayang jika disembunyikan”
Suhaib mengangkat perlahan kepalanya. Dia memandang wajah Ustaz Faiz. Ternyata wajah Ustaz Faiz cukup menyenangkannya sehingga dia tersenyum tanpa disedari. Namun pandangannya beralih pada batang rotan yang tersisip di celah ketiak Ustaz Faiz. Wajah Suhaib bertukar suram.
Menyedari perubahan wajah Suhaib , Ustaz Faiz segera berkata.
“Suhaib jangan risau. Rotan ini sekadar hiasan sahaja. Ustaz belum pernah merotan anak murid ustaz. Tetapi sekiranya anak murid ustaz nakal, ustaz akan rotan. Ustaz tahu Suhaib anak yang baik”

mengangguk-anggukkan kepalanya. Wajahnya kembali tersenyum melihat Ustaz Faiz.
“Tetapi ustaz, Suhaib tidak tahu langsung mengaji. Suhaib tengok orang lain semua pandai mengaji.”
Ustaz Faiz pun berkata. “ Suhaib nak tahu sesuatu. Ustaz ada berita gembira buat Suhaib?”
Suhaib membetulkan posisi duduknya. Matanya tidak berkelip memandang Ustaz Faiz. Kemudian Ustaz Faiz merapatkan dirinya ke arah Suhaib. Ustaz Faiz lalu berbicara.

“Setiap huruf yang kita baca, Allah akan ganjarinya dengan pahala. Lagi banyak kita baca, lagi banyak pahala yang kita dapat. Cuba Suhaib bayangkan. Orang lain baca sekali sudah lepas. Suhaib baca berkali-kali baru lepas. Berapa banyak pahala yang Suhaib dapat? Sudah tentu banyak. Pahala kita turut digandakan di bulan Ramadan ini. Lagi bertambahlah pahala yang Suhaib dapat.”
Seperti seorang kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula kegemarannya, Suhaib tersenyum ceria mendengar kata-kata Ustaz Faiz.
“Jika begitu, ustaz ajarlah Suhaib mengaji sekarang. Suhaib hendak dapat pahala banyak-banyak. Suhaib pernah dengar Tok Imam beritahu, jika kita buat baik, pahala yang kita dapat juga turut diberikan pada ibu kita. Suhaib hendak ibu dapat pahala banyak-banyak”
Tersenyum Ustaz Faiz mendengar kata-kata Suhaib. Benarlah seperti sangkaan beliau. Ternyata Suhaib seorang anak yang baik. Cuma akibat kesusahan hidup, dia agak ketinggalan dari segi pendidikan.
“Petang ini, Suhaib tidak perlu mengaji. Ustaz akan beri Suhaib buku panduan mengaji ini. Lepas Maghrib Suhaib jumpa ustaz di masjid. Nanti ustaz ajar. Lagi pula, sudah hampir masuk waktu Asar ”
Suhaib mengambil buku itu. Dia lalu menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan Ustaz Faiz. Dia mencium tangan Ustaz Faiz. Air matanya menitis sambil mulutnya tersenyum gembira.
Thursday, March 21, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)