Wednesday, September 28, 2011

Cerita Baru

assalamualaikum..


macam-macam perkara berlaku sejak dua menjak ni..ini ceritanya..

1. Keputusan imtihan (exam) untuk kuliah Usuluddin tahun 3 telah pun keluar..Alhamdulillah saya najah (berjaya)..dapat naik ke tahun 4 Usuluddin syu'bah hadis..sekejap je dah masuk tahun akhir..teringat motto sekolah saya masa sekolah rendah dulu..

"ilmu diamal , iman ditingkat"

2.Tahun ni,sorang demi sorang kawan saya yang belajar sekali kat Mesir ni kawin..boleh dikatakan hampir 10 orang..nak sebut sorang2 kat sini ramai pulak..mabruk diucapkan kepada mereka..

 بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


3.Saya alami kecederaan yang teruk ketika bermain dengan kawan-kawan..sudah lama rasanya tidak cedera/sakit seteruk ini..moga ia menjadi kafarah dosa saya..
يقول النبي صلى الله عليه وسلم: "إذا أراد الله بعبده الخير عجل له العقوبة في الدنيا، وإذا أراد الله بعبده الشر أمسك عنه بذنبه حتى يوافي به يوم القيامة" (الترمذي)
terima kasih kepada yang mendoakan dan yang menjaga saya selama saya sakit..


4.Berkesempatan untuk bersama-sama kawan2 dalam program ijtima' soifi (perhimpunan musim panas) di Pantai Baltim..seronok beraktiviti bersama rakan-rakan dari seluruh mesir..menjalinkan ukhuwwah dan mengukuhkannya..

"setiap yang kerana Allah, ia pasti kekal dan berterusan..setiap yang bukan keranaNya, nescaya akan terputus dan terhapus"


5. Bersama Fetya bernasyid di hadapan tetamu-tetamu dari pelbagai bangsa dan agama di majlis resepsi kemerdekaan anjuran kedutaan Malaysia di Mesir..bawa lagu arab, inggeris dan melayu..ternyata lagu melayu yang mendapat tepukan gemuruh..

 sujud merdeka <---cuba klik..ni je yg jumpa

6.Itu sahaja cerita saya hari ini..tak tahulah kalau ada pengajaran yang boleh diambil..harap2 nya adalah..dah lama tak menulis..tak tahu nak tulis apa..

"sapa yang takda apa..tak leh beri apa"