Tuesday, February 24, 2009

Dumyat

assalamualaikum..

semalam bermulalah pengembaraan saya untuk mendengar kisah alam..setelah sekian lama jiwa sunyi dari bunyi-bunyian itu...destinasi kembara saya kali ini ialah Dumyat..bertemankan abdullah dan hakim..saya pon menjelajah bumi dumyat ini..pada sangkaan awal saya,dumyat adalah kampung nelayan..memandangkan ianya berdekatan dengan pantai..ternyata meleset sangkaan itu..dumyat ternyata merupakan sebuah bandar terancang..rumah2 semua besar2 dan mewah..kedai2 pon boleh tahan..sempat singgah ke kedai pizza utk mengisi perut yg kelaparan...itu hari pertama..saya bermalam di rumah hakim..member sama2 stam dulu..



aktiviti hari ke-2..(pagi ni mmg sejuk x ingat la..kebas tangan)

kalo dah kat dumyat tak pi ke pantai mmg x sah ar..dengan menaiki basikal pinjam saya pun ke destinasi bersama dgn abdullah..mana lagi nak cari laut...sumber inspirasi org2 seni..tapi saya xde la masa nak berseni2 kat situ..dtg hanya dgn satu tujuan..MENGUTIP kerang..sebab apa mengutip..sebab mmg kena kutip..kerang bersepah2 kat tepi pantai...subhanallah..


"kulit je ni"

"alhamdulillah,hasil yg memberangsangkan,petanda baik tu"

dipendekkan cerita..dapat la satu guni


tapi saiz bukan mcm kat malaysia..

...nanti2 la sambung...nak pi masak kerang ni..assalamualaikum...syukur pada Allah

Saturday, February 14, 2009

Saeid Khaleel


assalamualaikum...

pada 2/2/2009 , kakak saya hafsa telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang merupakan anak lelaki yg ketiga ..telah di beri nama saeid khaleel...boleh la lawati blog kakak saya.. http://lifesatest.blogspot.com/

macam muka abg wan..(marwan syahid=abg sulung dia)

Tuesday, February 10, 2009

menghayati kisah alam..


hari ni saya nak cerita pasal piramid..benda yg hanya boleh jumpa kat mesir je..sebut mesir terbayang lah piramid..sebut piramid terbayang lah mesir..x jugak..malaysia pon ade..sunway pyramid..xpe2..kita fokus piramid kat mesir dulu..tu kite citer lain...

saya cerita ni bukan ape..rata2 pelajar malaysia kat mesir yg saya jumpa mesti cakap buat apa pergi piramid...tempat firaun tu..dari pi piramid..baik pi makam para anbiya' dan org2 soleh..xpe lah...itu pendapat mereka...ade betulnya...tp saya rasa...saya nak jugak pi tgk piramid..sebab ape..dlm quran sendiri ade menceritakan pasal firaun..utk kita amik pengajaran..juga utk kita hayati bagaimana dakwah nabi musa dan harun pada zaman firaun ini...dan piramid..

byk juga pengajaran yg boleh diambil dari piramid ni...agak2 nya lah...berapa lama satu piramid ni nak siap..dah berapa byk manusia diperlukan utk bina piramid ni...yela...dulu mana ade mesin2 canggih mcm sekarang...dan berapa byk batu bata yg digunakan yg saiz nya besar lagi dari kita..mungkin sebab tu lah piramid ni antara keajaiban2 yg ade kat dunia ni...

piramid dibina dgn tapak yg luas..berbentuk segi empat tepat...dan puncak yg tajam..reka bentuk ini membuatkan piramid sgt kukuh...cuba kita bayang kan kalo piramid ni kita bina kecil kat bawah...besar kat atas..piramid terbalik la...mesti x boleh..kalo jadi pon tak kukuh....

so kat sini satu benda je nak cerita...satu binaan yg hebat perlu lah ada tapak atau pasak yg kukuh dan kuat...dan juga utk sampai ke puncak...perlu lah ada stepnya...ni nak kaitkan pasal politik kat malaysia sebenarnya..ibaratkan tapak itu rakyat dan puncak itu pemerintahan..kalo kita amik pemerintahan tanpa sokongan rakyat..maka itu lah yg terjadi di perak...org bawah tidak menyokong dan memahami perjuangan org kat atas...mcm piramid yg dibina terbalik..pengajarannya ialah kita perlulah mengasaskan dari bawah..sedarkan masyarakat..dakwah perlu diperhebatkan...kembalikan islam dalam kehidupan masyarakat...khidmat utk masyarakat...sampai masanya..masyarakat sendiri yg akan angkat kita dan bersama2 dgn perjuangan kita..seperti yg berlaku di Gaza..wallahua'lam...

Sunday, February 8, 2009

gerak perjuangan


bagai sinar rembulan
di kala gelapnya hari
bagai sinar mentari
di kala terang menyinari

dengan gema kalimah ..lailahaillallah
kukuh di lubuk hati
setiap langkah kau gagahi
sesuci hati demi redha ilahi

jeritan suara picisan lontaran seisi buana
kau buat selamba
kerna pada jasad mu
bisikan wahyu itu lebih hakiki dan nyata

pada nama?pada pangkat?pada harta?
padamu hanya pada Tuhan

Biar hembus nafas terakhir sebagai saksi
perginya seorang pejuang
kembalinya seorang hamba
ke pangkuan Tuan

~merpati putih~

januari 2009