Wednesday, December 20, 2006

ilal liqo'

teringin untuk menyanyikan lagu sekolah buat kali terakhir..

Allah8x
lailahaillallah2x

di tengah-tengah suasana kelam
di sebalik gelapnya malam
kami bangkit membawa sinaran
untuk generasi masa hadapan

kami adalah generasi hira'
kami pewaris perjuangan
kerana kami generasi hira'
kami teraju kepimpinan

ilmu dunia juga akhirat
semuanya di utamakan
buat bekalan hari kemudian
membuktikan kemampuan

kerana kami generasi hira'
mengabdikan seluruh kehidupan
kepada Allah kepada islam
dan pengislahan diri dan masyarakat

kami adalah generasi hira'
kami pewaris perjuangan
kami adalah generasi hira'
kami teraju kepimpinan

kami menjunjung amanah Allah
berasaskan quran dan sunnah
kami amalkan cara hidup islam
di dalam kehidupan kami

kerana kami generasi hira'
mengabdikan seluruh kehidupan
kepada Allah kepada islam
dan pengislahan diri dan masyarakat

kami adalah generasi hira'
kami pewaris perjuangan
kami adalah generasi hira'
kami teraju kepimpinan2x

Allah8x
lailahaillallah2x

..semoga kita bersama menjiwainya..

Thursday, August 24, 2006

WEirD.com

WEirD.com: "..jam 12.30 pagi..sinar rembulan begitu suram.. keadaan asrama lelaki sunyi sepi..tiada lagi kedengaran suara-suara pelajar yang bersembang..cuma kelihatan beberapa pelajar spm yang baru pulang dari OT..angin bertiup sepoi bahasa..sesekali kedengaran jeritan kucing sedang berkelahi..keadaan menjadi sunyi sepi kembali..kelihatan di belakang banggunan asrama..di kawasan ampaian..ada lembaga hitam sedang terhendap-hendap di situ..bukan lembaga..tapi lembaga-lembaga..kelibat makhluk2 itu tidak disedari oleh penghuni2 asrama..semua sudah nyenyak tidur..lembaga-lembaga itu bergerak pelahan..dari satu dorm..ke satu dorm yg lain..pergerakan mereka begitu senyap..tiada yg menyedari..kelihatan lembaga2 itu sedang menjinjing sesuatu..salah satunya memegang sebuah bekas yg agak besar..setelah pasti kelibat mereka tidak dikesani..lembaga2 itu mula bergerak meninggalkan banggunan asrama..menuju ke satu tempat..lampu jalan menyerlahkan rupa paras lembaga2 itu..ada yang pendek..ade yg tinggi..ade yg gemuk..ade yg kurus..sampai di satu kawasan yg agak sunyi dan jauh dari manusia ..mereka berhenti..kedengaran bunyi-bunyi..mungkin interaksi antara mereka..tidak dapat ditangkap bait-bait bicara mereka....apakah yg makhluk2 itu ingin lakukan..

bersambung..."

Saturday, January 7, 2006

Misteri Nusantara

sebuah kisah berlaku di sekolah menengah islam hira'..bertempat di kelas 5 ibnu masud(2 jauzi thn lepas) jam di dinding menunjukkan 1.45 pagi..suasana blok akademik sunyi dari suara2 pelajar yg telah pun nyenyak tidur di asrama..yg kedengaran hanyalah bunyi2 katak dan juga kumbang2 yg berterbangan di sekitar lampu kalimatang kelas itu..di luar hujan renyai2 masih belum berhenti..sekali-sekala bertukar lebat..seorang budak sedang tekun menyudahkan tugasan yg perlu di siapkn sebelum pelajar2 bangun..cuba untuk tidak mengendahkan suasana sekeliling..sesekali terdengar bunyi2 yg megganggu tumpuannya..dia menjengah sesekali ke luar tingkap..tiada apa yg mencurigakan..hanya kegelapan malam..jam hampir pukul 2.00 pagi..tugasan masih belum selesai....bunyi itu dtg lagi..kedengaran dari arah bengkel..mula tidak selesa..dia mempercepatkan kerjanya..hujan masih tidak berhenti..sesekali terasa sejuk..terasa nak pergi tandas..tiba2 bunyi pelik yg kedengaran semakin jelas kedengaran walaupun diluar hujan masih mencurah ..cuak.. terdengar bunyi seperti deru ombak(itulah bunyi yg paling hampir)yg kuat di luar tingkap...bunyi itu menjauh..dan hilang,satu lembaga muncul di pintu..seram....."la ingat sape tadi..eh,tadi ko jln kat belakang nih ke.." kwn budak itu cakap tak..aku dtg dari asrama.."tadi aku dengar bunyi ombak sebelum ko dtg..ko sampai je dia hilang"..suasana hening..dia terfikir..mungkin kerana kwn dia dtg..bunyi itu pergi..dia pun menyambung kerja dia sambil ditemani kwn dia..sesekali membuka topik utk disembangkn bersama...

tu la..time ma'thurat tadi tido..kita kenalah minta perlindungan dari Allah..kerana semua makhluk Allah yg cipta..Dia berkuasa atas segala sesuatu..walau ape masalah yg kita hadapi..ingatlah kita ade tempat utk mengadu dan memohon pertolongan..Allah tidak akan berputus asa terhadap hambaNya..jadi jgn lah kita berputus asa memohon kpd Allah..

Perutusan 2006

tahun baru 2006(aku x suka sgt nak kate tahun baru nih..belum muharram lagi)...sempadan masa yg di cipta manusia..sesi persekolahan baru..kelas baru..susasana baru..fesyen rambut baru..dorm baru..guru2 baru..adik2 baru..semuanya baru..ape org kata,serba baru..jadi kita pun kena lah jadi baru..jadi org baru..org yg lebih baik dari dulu..dengan azam yg baru..(azam lama pun x dpt buat)..yg lepas2 tu kita jadikan pedoman..kejahatan hanya boleh ditutup dgn kebaikan..jadi buatlah baik banyak2..(tapi asal ade nasyid kate "buat baik berpada2"..masih memikirkannya)...hidup kita ni 3 hari je..semalam yg xkn kembali..hari ini yg sedang kita tempuhi..esok yg perlu kita hadapi..(lusa camne,tulat ke,kelmarin ke...) yg pasti hidup mati di tangan tuhan..kita hanya perlu terukan hidup dgn memenuhi kehendak hidup..ape kehendak hidup?..firman Allah taala yg bermaksud"tidak Aku ciptakn jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kpd Ku"..jadi jgn lah kita merosakkn dunia yg telah serba rosak ini..yg dah lepas tu kita tinggalkn kat belakang..kita masih berpeluang selagi nyawa dikandung badan..ok la..sebelum berundur diri..sebaik2 manusia adalah mereka yg telah memberi manfaat kepada org lain..