Monday, March 30, 2009

cetusan rasa

assalamualaikum..

td saya bukak email..terdapat email mengenai perihal sekolah lama saya(sekolah menengah islam hira')...naluri manusia..sayangkan tempat yg byk berjasa dalam hidupnya...begitu juga saya..dalam email tersebut..berlaku perbincangan alumni2..utk membantu menyumbangkan apa2 yg boleh utk adik2 di hira'..alhamdulillah..kita dpt lihat keperihatinan dari produk2 yg lahir samada dari hira' batu belah atau hira' jeram..tahniah saya ucapkan atas usaha dan keprihatinan antum semua..tidak dinafikan bahawa jiwa2 yg merasai tarbiyah di hira' sememangnya pasti memikirkan akan survival tarbiyah di hira'..adakah akan ada pewaris?..pelapis?..dari kalangan generasi2 akan dtg..adik2 yg sedang menuntut di hira'...tidak lupa juga buat semua alumni hira'..tidak bermakna kita juga telah tamat dari tarbiyah setelah tamatnya pengajian kita di hira'...sama2lah kita memahami prinsip dan perjuangan yg di bawa oleh generasi mak2 dan ayah2 kita yg telah bersusah payah menubuhkan sekolah ini..bg memastikan generasi yg mewarisi amanah para anbiya' terus lahir di dunia ini..sama2lah kita berdoa agar hira' terus mantap dalam menyumbangkan dan menghasilkan produk2 yg mampu memberi faedah pada islam..ketahuilah bahawa hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian...teruskan perjuangan ..takbir..Allahuakbar

haidar b. mahmud
usuluddin,universiti al-azhar mansurah
Syari' Madrob
Mansurah,Daqahliyah,Mesir

SRI HIRA' 94-99
SMI HIRA' 00-06(batch 10&12)
MAAHAD HIRA' 03-04(batch10)

'Ilmu diamal iman ditingkat'
'Hira' memimpin'


juga di sini ingin saya kongsikan puisi hasil nukilan sahabat yg juga merupakan rakan sekelas saya ketika di sekolah rendah islam hira' ,batu belah...


Puisi Gua di Kuala

Asalnya kita tidaklah ternama
berindukkan teratak tersorok
hanya kalau sekali pun membina nama
yang tahu hanya kau, aku dan dia

Terperuk risau tak kemana
itu menggugah naluri sarjana
langkah diorak walau tempang kakinya
tangan mencapai walau jauh gapainya

Bukan tidak berbangga
cuma kadang terkecewa,
semacam hina tetap di gua hampir kuala
Pun di sudut kalbu saga
Imankan ia mutiara jagat mayapada

terapung-apung, gayanya kampung
tak disedari rupanya lahir karya agung
yang induknya kampung itu lah!

terapung-apung, gayanya kampung
entah dari dunia mana dia muncul
gegar juga khabar di luar kampung

terapung-apung, gayanya kampung
rama2 indah nian menawan terulung
hadiah keringat berasak kepompong

terapung, bukannya terapung
cuma dugaan sebuah medium
orientasi interlude generasi penyambung
Risalah Rasul Muhammad disanjung

Supaya bila makin tinggi gah
tak lupa asalnya tanah rendah
Supaya bila langit mendung tak cerah
sudah biasa makan nasi mentah

terus tawadhuk tunduk tabah

Gua di Kuala kini heboh dilanda bah
Mara bencana beliung dan taufan
Dilanggar arus perdana yang gagah
Risau-risau dindingnya keberantakan

Tak usah gusar
Gua fiziknya tegar
Taufan di Kuala sifatnya segar
Izin Tuhan ia terus tegar
Walau apa jua yang sergah melanggar

Gua di Kuala,
doakan aman senantiasa
apa yang berlindung di dalamnya
biar apa pun jinsi dan warna
tetap semua sah dan layak
bergelar generasi pewaris anbiya'

Thaaqhib mohammed
Bawabah Tsaniah, Cairo
7thMaahad, 10thGen 11thGen
www.myrespons.blogspot.com

Tuesday, March 24, 2009

potret tombul dan tidris

panorama tidris

teruja dgn kehadiran kami

abg ali dgn anak dia mahmud

ladang lembu

sarapan pagi

makan petang

duduk tepi sungai makan tebu

ladang anggur

ladang gandum dan bawang

dgn ali

anak kuda

kerbau mesir

lembu mesir

khalid dgn ammu(lupe nama) n family

Friday, March 20, 2009

kisah di pagi hari..

assalamualaikum..

setelah agak lama tidak mengupdate blog..akhirnya diberi kesempatan pagi ini untuk saya mengupdate blog ini..minggu2 berlalu agak padat jadual harian ku..alhamdulillah hari ni dapat saya menulis...terima kasih kepada ali saad(member arab kat kuliah) kerana sudi mnerima saya dan teman2 sebagai tetamu..dapat guna intenet kat rumah dia...(dia tengah tidur pagi2 ni) hehe..

nak tulis pasal apa ye? yg ringan2 je la (pernah ke citer yg berat2..?)

pertama..

mungkin nak ucap tahniah kepada member2 dan adik2 dalam spm dan stam..dengar cerita sangat memberangsangkan..adik2 spm di smi hira' dan stam di hidayah ipoh,tahniah saya ucapkan..to husna..(my sis) jgn nak bangga2..sama je result kita..x lebih pon..ape2 pon tahniah..

kedua..

nak cerita pasal HK2 kot..banyak pengalaman dan benda baru yg saya dapat..dalam kita sibuk2 buat apa sekali pon...jgn lupa hubungan kita dgn Allah..amal asasi tetap kita jaga..best HK2 kat mesir ni...terkenang zaman sekolah dulu..(kenapa la x terpikir nak wat camni masa sekolah dulu)..tapi sedih gak la x dapat jadi peserta..apa2 pn..tahniah kepada semua yg menjayakan HK2 2009..anugerah pelakon terbaik saya berikan kepada izzuddin..saksikan izzuddin beraksi dalam pantomen hanya di HK2 2009..

ketiga..

minggu ni saya gunakan kesempatan waktu yg terluang ziarah rumah kawan arab..dah lama dah diorang ajak..janji lepas exam hari tu..tp takpe la..sekarang pon masih lepas exam lg..rabu lepas pi rumah khalid..hari ni kat rumah ali..best jugak duduk kat kampung arab ni..teringat kampung kat mersing n kapar..member bawa jalan2 tgk lembu kerbau kuda kambing himar ladang tomato,gandum,bawang..tapi x sempat la lame2..tidur semalaman pastu balik..nnt la bile2 letak sikit gambar..arab kalo bg makan mmg x habis la org malaysia nak makan..

keempat..

pnjatkan doa untuk kejayaan dakwah di seluruh dunia...kepada pejuang2 agama..tetapkan thabat atas jalan..janji Allah pasti datang..kepada teman2..mari kita saling ingat memperingati sesama kita..kalau saya ada salah silap tegur2 la ye..moga dapat merasai kemanisan ukhuwwh sesama kita..


wallahua'lam..

(syukran ya sodiqi,ali wa khalid ala kulli syai')

Friday, March 6, 2009

SMILE

ni adik taareq..eh bukan..dah jadi abg dah..hehe

dumyat lagi..


kali ni siap bawak geng...dgn sewa van..


x sabar dah ni..cuaca elok..cantik pantai ni



cepat2...dah dapat rase dah kat hujung tu ade byk..



kutip2...jgn x kutip...


banyak nyee...


maalij..terpijak...


bawak mayat ke?



inilah hasil nye...byk lagi..x larat nak kutip



jenuh gak nak cuci...