Monday, June 20, 2011

tensionnya!! EXAM..

assalamualaikum..

sekarang pukul 4.30 pagi..baru lepas subuh..lagi beberapa jam lagi saya akan menduduki paper yang kedua untuk exam final tahun 3 kuliah usuluddin mansurah syu'bah hadis yang berbaki 9 paper lagi..insyaAllah akan habis 14 Julai nanti...(setengah bulan sebelum Ramadhan)..

sekarang ni kawan2 di mesir rata-rata tgh dalam musim imtihan..bila masuk musim imtihan(peperiksaan dalam bahasa arab)..banyak perkara yang selalu kita buat pada hari2 biasa tidak dapat kita buat..mungkin faktor masa yang padat nak mengulang kaji..masing-masing sibuk study..

kadang-kadang saya rasakan yang exam ni seolah2 menyekat perkara2 baik yg saya boleh lakukan seperti ziarah menziarahi..pergi kelas pengajian..buat program kebajikan..tolong orang sana sini..macam exam ni menyebabkan perkara-perkara ini terencat..kalau boleh buat pon,sekadar ala kadar je..ye la,masing2 kan sibuk..program pon byk yg kena rehat kejap..

tapi alhamdulillah baru-baru ni..saya mendapat satu nasihat yang sangat terkesan dalam fikiran saya..yang merubah mentaliti saya terhadap peperiksaan ini..benda yang saya terlepas pandang..dgn hanya mengubah persepsi/pemikiran kita..maka seolah2 bebanan yang tadinya di atas bahu kita hilang begitu sahaja..

apa dia? berfikir secara syumul(menyeluruh)..sebagai mana yang kita tahu islam itu syumul..tapi kat mana syumulnya??..dalam buku?? yang hanya boleh dibaca?? bahkan ianya adalah pada pengamalannya/pelaksanaannya..

sebagaimana kita yakini bahawa ibadah solat dalam islam itu penting..begitu juga lah kita perlu yakin imtihan itu penting pada sudut dan peranannya..kalau solat itu tiang agama..tanpanya runtuh lah agama..begitu juga kita boleh mensyumulkan fikiran kita utk exam ini..

dunia sekarng memerlukan org islam yang cemerlang dalam pelajarannya..menjadi tokoh dalam bidangnya..menjadi rujukan dalam masyarakatnya..dan semua itu nak tak nak memerlukan kepada pengiktirafan yang diperolehi dari exam2 ini..dgn masternya,,dengan PHd nya..

jadi..cemerlang dalam peperiksaan juga adalah penting dalam islam..usah bermimpi utk kita menggantikan pemerintahan dunia yang sudah rosak ini jika kita sendiri tidak layak untuk menggantikannya..adakah Allah ingin menjadikan org islam yang memerintah dunia ini org islam yang lemah?? jahiliyyah yang tersusun akan mampu menewaskan org islam yang tidak tersusun..

pemikiran ini boleh dipraktikkan dalam semua perkara..baru lah syumul islam itu..bukan sekadar di mulut2..di buku2..atau di mimbar2 jumaat sahaja..

wallahua'lam..muhasabah untuk diri sendiri...moga Allah menjadikan kita org yang mendengar sesuatu dan beramal dgn apa yang baik darinya..mulakan dgn diri kita..insyaAllah..